3 Produk Shaklee untuk masalah hormon wanita

produk-shaklee-untuk-masalah-hormon

Produk Shaklee untuk masalah hormon wanita adalah antara produk top dalam Shaklee ni.

Biasanya yang PM saya di Whatsapp bertanyakan tentang produk-produk ini adalah wanita-wanita dalam kategori berikut:

  1. Wanita bujang yang bermasalah dengan haid yang tidak teratur dan tidak lancar
  2. Wanita bujang atau berkahwin yang mengalami masalah senggugt yang teruk
  3. Wanita yang ada masalah bulu di wajah, tangan dan kaki berlebihan (misai, janggut, bulu tangan/kaki lebat)
  4. Wanita berkahwin yang belum mendapat zuriat
  5. Wanita yang ada masalah fibroid, cycst atau ketumbuhan dalam rahim dan payudara

OK. Saya perlu cerita serba sedikit tentang produk-produk ini dan bagaimana ia boleh membantu kaum wanita menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Perlu diingatkan produk-produk ini bukan untuk merawat tetapi lebih kepada meningkatkan keselesaan dan membantu wanita di luar sana agar lebih yakin dengan diri sendiri 🙂

 

=========================================================

1. Produk Shaklee untuk masalah hormon wanita – GLA Complex

produk shaklee untuk masalah hormon

Mengapakah namanya GLA? (bukan GiLA tau!)

GLA ialah Gamma Linolenic Acid yang mana banyak digunakan oleh wanita untuk mengekalkan kesegaran dan kesihatan setiap bulan.

GLA ialah sejenis asid protein Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandis.

Prostaglandis ini adalah bahan semulajadi yang membantu tubuh badan mengawal proses-proses tubuh badan yang normal.

Minyak bunga matahari juga adalah sejenis sumber asid lemak Omega-6 yang sangat baik.

GLA complex ini juga mengandungi Vitamin E untuk membantu menyokong sistem pertahanan badan dengan mengekalkan keutuhan sel dalaman.

Selain itu, minyak Borage iaitu bahan utama dalam GLA complex adalah bentuk GLA pekat yang amat mudah diserap oleh badan.

 

KELEBIHAN GLA Complex:

– menggalakkan kesihatan dan kesegaran

– menyokong sistem imun/ pertahanan badan daripada penyakit

– mengawal sistem hormon

Adalah perlu diingatkan, pengambilan Omega-6 secara berlebihan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan, dan perlu di gandingkan dengan Omega3 untuk memastikan sistem tubuh badan lebih stabil dan berfungsi dengan baik 🙂

 

=========================================================

2. Produk Shaklee untuk masalah hormon wanita – Omegaguard

produk shaklee untuk masalah hormon

Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen

OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

 

==============================================

3. Produk Shaklee untuk masalah hormon wanita – Vivix

produk shaklee untuk masalah hormon

Penemuan Revolusioner oleh Shaklee

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Di harap, cadangan produk-produk Shaklee untuk masalah hormon wanita di atas boleh membantu cik dan puan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan berkualiti. Kita hanya mampu ikhtiar, namun segalanya harus kembali kepada tawakkal dan memanjatkan doa serta yakin dengan kuasa Allah.

Cik dan puan juga boleh rujuk artikel kami 7 tips cepat hamil sekiranya sedang ikhtiar untuk mendapatkan anak 🙂

================================================================================

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Masalah kesuburan lelaki yang akan memecahbelahkan rumahtangga

masalah kesuburan lelaki

Saya ada sepasang sahabat. Mereka berdua suami isteri.

Isteri bernama Yati dan suami bernama Nadzrin (bukan nama-nama sebenar).

Mereka adalah loving couple, terutamanya Nadzrin terhadap isterinya itu.

masalah kesuburan lelaki

Mereka sudah berkahwin selama 4 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat lagi.

Pada awalnya, mereka biarkan sahaja masa berlalu begitu sahaja, sebab tak mahulah paksa-paksa.

Kalau takde anak lagi, belum rezeki lah tu kak

Kata Nadzrin.

Suami saya tak minta anak lagi. Jadi saya pun rileks aje kak

Kata Yati pula

 

========

Dah lama sangat

Namun apabila masuk ke tahun ke 5, mereka sudah mula berasa sesuatu tak kena.

Mana mungkin pasangan yang duduk serumah, begitu mesra dan penyayang masih belum dikurniakan zuriat lagi?

Jadi mereka cuba dahulu cara natural, membilang waktu kesuburan, membilang waktu period dan sebagainya.

3 bulan mereka buat tracking begitu namun hasilnya masih tiada.

masalah kesuburan lelaki

Hubungan mereka juga semakin renggang akibat stress kerja dan tekanan-tekanan yang mereka alami daripada keluarga.

Malah Yati dah hampir-hampir berhenti kerja dan meninggalkan gaji RM7,000 beliau kerana ingin larikan diri dari stress kerja untuk concentrate dapatkan anak.

Nadzrin pula sudah hampir putus harapan sambil berasa rendah diri kerana tak ‘cukup power’ untuk me-mengandungkan isterinya

 

========

Ikhtiar cara moden

Jadi Allah gerakkan hati mereka untuk berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar mereka.

Doktor pakar yang mereka jumpa itu, terlalu ramai patient nya.

Namun beliau sempat juga menerangkan serba sedikit tentang permasalahan pasangan ini.

Yati disahkan pengidap Retroverted Uterus dimana rahim wanita sepatutnya menghadap kehadapan, kearah perut.

Namun untuk kes Yati, rahim nya menghadap ke belakang dan terlipat.

masalah kesuburan lelaki
Rahim terlipat

Ini menyukarkan sperma untuk berenang laju kehadapan menuju ke ovum.

Maknanya kene konar lipat baring sikit baru boleh sampai.

Kesian sperma tersebut huhuhu

Jadi, doktor pakar telah membuat rawatan minor operation dengan mengalihkan kedudukan rahim supaya incline ke hadapan.

Setel satu masalah.

Masalah kedua yang tak kurang juga kepentingannya ialah masalah kesuburan lelaki di bahagian Nadzrin.

Beliau disahkan mempunyai low sperm count, iatiu jumlah sperma yang sedikit.

masalah kesuburan lelaki

 

===========

Masalah-masalah kesuburan lelaki yang lain termasuk:

Masalah kesuburan lelaki pertama – Antibody menyerang sperma – antibodi yang dihasilkan oleh tubuh akan menyerang sperma kerana dia ingat sperma tu foreign body atau makhluk perosak dalam badan. So sperma tak sempat nak buat apa-apa dah mati diserang antibodi.

masalah kesuburan lelaki
sperma diserang oleh antibodi

Masalah kesuburan lelaki kedua – Sperma yang abnormal – ekor terlalu panjang, ekor terlalu pendek, ekor spiral, tiada ekor. Kepala terlalu kecil, kepala terlalu besar, berkepala 2. Pergerakan berputar, bergerak terlalu perlahan, tidak bergerak lurus. Tidak cukup sperma, tidak cukup pelincir, sperma tidak cukup nutrien. Ini semua adalah simptom sperma yang tidak normal.

masalah kesuburan lelaki
Masalah kesuburan lelaki ketiga – Salur tertutup – saluran ejaculatory lelaki ter block lalu sperma tidak boleh dipancutkan ke dalam rahim.

masalah kesuburan lelaki
Saluran ejakulatori yang boleh tersumbat

Masalah kesuburan lelaki  keempat – Saluran vericocele membengkak – apabila saluran ini membengkak, testis akan mengalami suhu yang tinggi mengakibatkan sperma mati menggelupur didalam testis sebelum sempat dipancutkan.

masalah kesuburan lelaki

 

=========

Apa yang boleh membantu?

Untuk masalah kesuburan lelaki yang dihadapi Nadzrin tadi, doktor telah rekemen beberapa jenis nutrisi yang penting untuk meningkatkan kesuburan:

1. Zink – untuk meningkatkan hormon testestrone dan bilangan sperma dalam air mani

masalah kesuburan lelaki

2. Coenzime Q10 – untuk pembentukan sperma yang sihat daripada peringkat sel agar sperma tidak dilahirkan cacat (ekor dan kepala abnormal)

masalah kesuburan lelaki

3. Vitamin E – melindungi sperma daripada kerosakan dan tahan serangan antibodi anti-sperm

masalah kesuburan lelaki

4. Super antioxidants – membaiki sel dari kerosakan seperti blocked duct dan pembengkakan vericocele

masalah kesuburan lelaki

Selain daripada itu, Nadzrin juga telah dinasihati oleh doktor untuk melaksanakan perkara berikut agar dapat membantu masalah kesuburan lelaki beliau:

– bersenam

– mengamalkan diet yang sihat

– makan banyak sayur dan buah segar

 

Kita doakan semoga Yati dan Nadzrin segera dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah

dan terlindung daripada rumah tangga yang berpecahbelah 🙁

Sekiranya kaedah tadi masih belum berjaya, nampaknya mereka perlu menjalankan treatment IUI.

masalah kesuburan lelaki

 

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

3 tips berhenti merokok dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu

Perhatian perokok-perokok tegar! Anda sedang mencari tips berhenti merokok?

Kami kongsikan 3 tips berhenti merokok yang di cadangkan oleh Mayo Clinic USA.

tips berhenti merokok

Tips berhenti merokok pertama – Buat keputusan yang jitu

Langkah pertama yang terlalu penting dan tidak boleh ditinggalkan ialah membuat keputusan. Kalau hendak berhenti, tetapkan pendirian untuk berhenti selama-lamanya.

Kuatkan semangat tu. Jangan muka macho tapi hati keding.

Set kan tarikh untuk betul-betul mahu berhenti dan stick pada tarikh tu. Jangan ubah-ubah dah.

tips berhenti merokok

Mengapa perlu ada tarikh? Sebab kene faham tabiat yang sudah dilakukan selama berpuluh-puluh tahun memang sukar hendak dibuang kecuali sesuatu episod hebat dan berimpak terjadi kepada diri sendiri.

Anda taknak episod hebat berimpak tinggi berlaku. Anda taknak kematian orang tersayang. Anda taknak didiagnos dengan kanser paru-paru stage 4.

tips berhenti merokokAnda taknak anak kecil anda dapat penyakit asthma sebab terdedah dengan second hand smoke terlalu lama. Anda taknak terkena serangan sakit jantung dan rebah ke lantai mengerang kesakitan lepastu semua orang panik tak tahu nak buat apa, atau mati seorang diri semasa memandu dan dirempuh treller 40 tan.

tips berhenti merokok

Anda taknak bayi anda dilahirkan cacat tangan kaki kerepot badan tak cukup sifat mata tersembul keluar.

tips berhenti merokok

Tak perlu tunggu itu semua.

Buat keputusan. Bila. Dan mengapa hendak berhenti. Tuliskan besar-besar di dinding dan baca setiap hari dengan kuat.

SAYA (NAMA) hendak berhenti merokok bermula (TARIKH) dan berhenti SELAMA-LAMANYA!

Beritahu semua orang yang anda hendak berhenti merokok. Kalau tiba-tiba tak jadi nanti malu. Haa tu sebab kene beritahu.

 

Tips berhenti merokok kedua – Sediakan sistem sokongan yang mantap

Sokongan yang diperlukan boleh jadi daripada ahli keluarga, rakan-rakan (yang bukan perokok please!), doktor, kaunselor anda, kumpulan sokongan berhenti merokok dan pelbagai lagi.

tips berhenti merokok

Sokongan juga boleh didapati daripada klinik berhenti merokok yang di anjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Satu lagi elemen penting untuk berhenti ialah bersedia menghadapi cabaran.

Contoh, buat senarai tempat-tempat yang anda CONFIRM tau ada orang ramai merokok seperti bilik merokok, kedai mamak, corner tingkat bawah KLCC depan restoran DOME dan sebagainya.

tips berhenti merokok

Mengapa buat senarai ini?

Sebab anda tak mahu dan tak boleh pergi ke tempat ini lagi.

Kemudian buat senarai tempat-tempat alternatif yang anda perlu pergi untuk mengelakkan daripada menghidup asap rokok seperti di dalam restoran hawa dingin, shopping complex, Muzium Negara dan sebagainya.

tips berhenti merokok

 

Tips berhenti merokok ketiga – Bebaskan diri daripada asap rokok yang durjana

Apabila sudah ada keputusan yang jitu dan sistem sokongan yang mantap, anda hanya perlu bebaskan diri daripada asap rokok.

Elakkan pergi ke tempat-tempat yang anda biasa pergi. Elakkan daripada bergaul dengan rakan-rakan perokok tegar dan

segera berkata TIDAK sekiranya mereka ajak merokok.

Juga perlu ingat, bahan yang membuatkan anda rasa hendak merokok kembali itu ialah NIKOTIN

tips berhenti merokok

OK nicotine patch mungkin boleh membantu anda berhenti merokok tetapi AWAS! ia boleh membuatkan anda hendak merokok kembali.

Nicotine patch menambahkan lagi kandungan racun nikotin dalam darah anda. Ia bak terlepas daripada mulut harimau, masuk ke mulut buaya (eh betul ke peribahasa ni)

tips berhenti merokok

Cara paling berkesan ialah menyahkan nikotin daripada sistem badan, supaya bila orang hembuskan asap rokok ke muka, kita tak berganjak dan berkata

Saya sudah detox nikotin!

 

Produk Shaklee yang boleh membantu detox nikotin

Untuk merka yang berhati besar – Vitamin E dan CoQ Health 

Vitamin dan co-enzim ini telah terbukti dalam menyahkan nikotin dari dalam darah dan boleh membantu meng repair sel tubuh badan daripada kerosakan-kerosakan yang telah diakibatkan oleh rokok.

Apabila darah anda bebas nikotin dan sel-sel sudah tak ingat apa itu rokok, insyaallah anda boleh berhenti merokok dengan lebih mudah.

tips berhenti merokok

Untuk mereka yang berhati cekal – Vivix

Shaklee Vivix mengandungi antioksidan yang sangat tinggi (6000 ORAC) dan berupaya membantu mengeluarkan nikotin dari dalam darah dengan cepat.

tips berhenti merokok

AWAS! pengguna VIVIX yang hendak berhenti merokok claim lidah mereka terasa pahit dan sensasi hendak muntah apabila mengambilnya.

Lihat testimoni Encik Azrin


Tetapi anda boleh berhenti dan terasa tidak mahu merokok lagi sepantas 3 minggu.

Itu jaminan kami.

 

>> Untuk mencuba Vitamin E dan CoQ Health, boleh menempah daripada link ini

>> Untuk mencuba Vivix, boleh menempah daripada link ini

 

Berapa harganya?

Berapa harga sekotak rokok?

RM13.00

Berapa jumlah wang anda belanjakan untuk rokok sebulan?

RM13 x 30 = RM390

Ada hari-hari yang anda stress atau banyak kerja, jadi rokok 2 kotak sehari.

RM13 x 40 = RM520

 

Kami tawarkan detox nikotin dengan harga yang sama atau lebih murah lagi.

Kali ini anda berbelanja untuk hidup, bukan berbelanja untuk MATI.

tips berhenti merokok

HARGA

Vitamin E dan CoQHealth = RM 283 sahaja (harga tak mahu jadi ahli) atau RM300 (harga dengan daftar keahlian Shaklee)

Vivix = RM475 (harga tak mahu jadi ahli) atau RM445 (harga dengan daftar keahlian supaya lepas ni dapat produk murah)

 

Mahal ke?

Harga begini kami sertakan sekali dengan jaminan kepuasan.

Sekiranya setelah mencuba produk kami selama 29 hari dan tidak berpuas hati atau tidak berjaya berhenti merokok, kami pulangkan wang anda 100%. Confirm. Jangan risau.

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Promosi Shaklee Disember 2014 – Vita C Vita E Collagen Powder. Rugi kalau tak order!

Promosi Shaklee Disember 2014 memang terbaek antara semua promosi bulanan Shaklee. Ada 3 promosi hebat yang pastinya tidak ada orang mahu ketinggalan:

Promosi Shaklee Disember 2014 nombor 1 – Beli 6 PERCUMA 1 SR Vita-C Plus dan/atau Vita-E Complex

promosi shaklee disember 2014

Selain jimat RM92.50 untuk Vita-C dan RM149 untuk Vita-E, kelebihan lain apabila mendapatkan set ini ialah:

– keahlian Shaklee bernilai RM75 PERCUMA

– cash rebet sebanyak RM20-30 pada 15 Januari 2015

– beli produk Shaklee dengan diskaun sehingga 33%

– wang tunai apabila berkongsi kebaikan produk SHaklee dan berjaya mengumpulkan order daripada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat

– peluang percutian, bonus kereta dan umrah dsb

Hubungi saya untuk harga istimewa berdiskaun kaw-kaw punya sebelum 31 Disember 2014 😉

No HP saya ialah 013 – 982 0013 untuk pertanyaan atau tempahan 😉

 

Promosi Shaklee Disember 2014 nombor 2 –  diskaun 5% untuk twin pack Vita-C dan/atau Vita-E

promosi shaklee disember 2014

Sekiranya membeli 7 botol terlalu banyak untuk anda, jangan lepaskan peluang untuk membeli 2 botol Vita-C dan/atau Vita-E dengan diskaun 5% ini

Hubungi saya di 013 – 982 0013 untuk pertanyaan atau tempahan 😉

 

 Promosi Shaklee Disember 2014 – Beli 3 PERCUMA 1 Collagen Powder

promosi shaklee disember 2014

Selain jimat RM298 untuk sekotak kolagen, kelebihan lain apabila mendapatkan set ini ialah:

– keahlian Shaklee bernilai RM75 PERCUMA

– cash rebet sebanyak RM45+- pada 15 Januari 2015

– beli produk Shaklee dengan diskaun sehingga 33%

– wang tunai apabila berkongsi kebaikan produk Shaklee dan berjaya mengumpulkan order daripada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat

– peluang percutian, bonus kereta dan umrah dsb

EXTRA: menjadi antara orang yang bertuah mempunyai stok Collagen Powder di tangan sepanjang 2015. Shaklee dalam proses memperbaharui pendaftaran Collagen Powder bersama KKM atas perubahan garispanduan pendaftaran produk.

Hubungi saya untuk harga istimewa berdiskaun kaw-kaw punya sebelum 31 Disember 2014 😉

No HP saya ialah 013 – 982 0013 untuk pertanyaan atau tempahan 😉

 

Amacam? Best tak Promosi Shaklee Disember 2014?

Memang out of this world!

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Mudah dan ringkas – 5 tips kulit cantik dengan bahan-bahan dari dapur

Sebenarnya tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang cantik dan jelita. Hanya masuk dapur dan buka pantry atau peti sejuk anda, dan pelbagai bahan-bahan yang biasa boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Di bawah dikongsikan tips kulit cantik menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dari dapur:

Tips kulit cantik nombor 1 – madu

tips kulit cantik

Madu memang amat bagus untuk kulit. Ia bertindak sebagai antiseptik dan anti-kulat semulajadi, selain sebagai humektan yang mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Kulit yang lembap boleh mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan, dan juga menngurangkan kedutan pada wajah.

Cuba juga sapukan sedikit pada jerawat yang pecah untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Yang lebih adventurous, boleh cuba scrub-mask madu seperti di bawah 🙂

Tips kulit cantik nombor 2 – telur

tips kulit cantik

Telur memang digunakan dalam masakan, tetapi jangan lupa fungsinya untuk menjadikan anda cantik! Putih telur boleh disapukan ke wajah untuk mengurangkan kedutan dan berpotensi untuk menegangkang kulit yang kendur.

Bahan yang murah ini amat sesuai dijadikan mask untuk kulit yang lebih segar dan tegang:

1. Asingkan putih dari kuning telur

2. Pukul putih telur dengan garfu selama 10 saat

3. Sapukan pada wajah dengan hujung jari

4. Biarkan selama 30 minit, atau sehingga kering sepenuhnya

5. Cuci putih telur dari wajah sehingga bersih

Berikut adalah resipi mask putih telur yang anda boleh sesuaikan dengan jenis kulit anda:


Tips kulit cantik nombor 3 – dadih / yogurt

tips kulit cantik

Dadih juga merupakan salah satu bahan ajaib yang mempunyai pelbagai fungsi untuk kulit wajah anda.

Ia membantu melembapkan kulit, memerangi jerawat, mengurangkan pigmentasi, melambatkan proses penuaan dan memberikan kelegaan untuk kulit yang terbakar (sunburn).

Berikut adalah satu video untuk membuat yogurt mask. Mudah dan murah 🙂

Tips kulit cantik nombor 4 – garam

tips kulit cantik

Garam merupakan scrub yang baik dan agen penyembuhan.

Untuk merawat jerawat yang degil, campurkan garam bersama madu untuk membuat sebatian yang likat, dan sapukan pada jerawat tersebut.

Awas, mungkin akan pedih sedikit, tetapi biarlah sakit untuk cantik! ;p

Resipi lain termasuk mencampurkan garam dengan serbuk kayu manis, seperti ini:

Tips kulit cantik nombor 5 – rawatan dalaman

Kalau anda tonton semua video-video di atas, memang jelas selepas menggunakan kaedah rawatan luaran menggunakan bahan semulajadi akan menghasilkan instant results – kulit nampak lebih lembut, lembap, bersih dan bercahaya.. wohoo

Selain rawatan luaran, amat penting untuk memastikan kulit kita dirawat dari dalam. Rawatan dalaman memastikan kulit kita sentiasa kekal sihat dan cantik.

tips kulit cantik

Vitamin dan supplement yang penting untuk rawatan dalaman kulit adalah:

Vitamin A (daripada Carotomax Shaklee)

Vitamin C (daripada SR Vita-C Plus Shaklee)

Vitamin E (daripada Vita E Complex Shaklee)

Tambahan kolagen (daripada Collagen Powder Shaklee)

 

Bertanyalah kepada saya berkenaan produk-produk untuk kecantikan kulit daripada Shaklee seperti di atas dan tips kulit cantik yang lain..

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Rasa lebih jelita dengan vitamin untuk kulit cantik ini

vitamin untuk kulit cantik

Kejelitaan adalah idaman setiap wanita. Ya siapa yang tak mahu cantik dan jelita. Pasti mahu jelita di mata suami. Pasti mahu jelita di mata diri sendiri (ini paling penting). Pasti mahu jelita di mata Allah (OK ni topik lain, berkenaan kejelitaan jiwa dan rohani. Insyaallah akan ditulis soon 😉

vitamin untuk kulit cantik


 

Berikut di kongsikan senarai vitamin untuk kulit cantik:

Vitamin untuk kulit cantik nombor 1 – Vitamin C

Vitamin C telah terbukti boleh melawan radikal bebas di dalam sel yang mengakibatkan kulit berkedut, geleber dan tanda-tanda penuaan yang lain. Vitamin C juga boleh membantu melicinkan, menegangkan dan menghilangkan tompokan gelap pada kulit kerana ia mengaktifkan kembali proses pembentukan kolagen semulajadi dalam kulit.

 

Vitamin C adalah larut air dan mudah teroksida akibat haba dan cahaya, oleh yang demikian eloklah disimpan vitamin C anda dalam tampat yang sejuk dan harus ditelan dengan air yang sejuk.vitamin untuk kulit cantik

Ada kajian yang telah membuktikan bahawa vitamin C boleh:

– mengurangkan pigmentasi

– meningkatkan kadar pembaikan sel

– mengurangkan kemerahan

– memberikan ketahanan kulit agar tidak mudah sunburn

vitamin untuk kulit cantik

 Vitamin untuk kulit cantik nombor 2 – Vitamin E

Vitamin E boleh membantu kulit untuk mengekalkan kelembapan semulajadinya. Ia juga berupaya meneutralkan radikal bebas yang menyerang sel-sel kulit serta mengelakkan kulit menjadi bengkak, kering dan merah selepas terdedah kepada cahaya UV.

Vitamin ini larut lemak, jadi paling elok di ambil selepas makan.

Vitamin E akan bertindak dengan cemerlang sekali apabila diambil bersama-sama dengan vitamin C. Namun, untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, tidak disarankan pengambilan setiap hari, tetapi boleh dioleskan di wajah untuk mengurangkan tanda-tanda parut.

vitamin untuk kulit cantik

Vitamin untuk kulit cantik nombor 3 – Vitamin A

Vitamin A berfungsi untuk mengurangkan kedutan, mengurangkan tompokan gelap dan melembutkan kulit.

Vitamin A juga sejenis antioksidan yang melawan radikal bebas serta memelihara sel daripada kerosakan dan penuaan.

vitamin untuk kulit cantik

Vitamin untuk kulit cantik nombor 4 – Resveratrol super antioxidants (ok dia bukan lah vitamin kannn)

Resvaterol adalah sejenis antioksidan polifenolik yang amat kuat dan boleh dijumpai di dalam anggur Muscadine merah, kekacang, blueberry dan cranberry.

Ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada panahan cahaya matahari, meningkatkan penghasilan kolagen semulajadi dan mengurangkan kerosakan sel.

vitamin untuk kulit cantik

Vitamin untuk kulit cantik combor 5 – Kolagen (juga bukan vitamin, dia sejenis protein)

Kolagen adalah sejenis protein yang boileh dihasilkan oleh tubuh kita, yang memberikan keanjalan kepada kulit wajah.

vitamin untuk kulit cantik

Semasa kita muda, kulit kita sentiasa gebu dan licin kerana tubuh kita berupaya menghasilkan kolagen dengan banyak dan tetap. Namun apabila usia meningkat, tubuh kita perlukan sedikit pertolongan untuk menghasilkan kolagen sendiri ataupun di tambahkan kolagen daripada unsur tuumbuhan atau haiwan marin.

vitamin untuk kulit cantik

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE


Petua kulit licin supaya blackhead dapat dihilangkan

Blackhead ni memang merimaskan ramai orang terutamanya wanita. Mengapa saya kata begitu? Sebab nampak orang lelaki (read: suami saya) rilaks aje kalau ada bleakhead ni hehe..

petua kulit licin

Blackhead ni terjadi apabila minyak dan sebum kulit terperangkap dalam pori-pori. Bahagian ‘kepala’ minyak yang terdedah kepada udara ini akan memerangkap debu dan habuk disekitar, menyebabkan dia mengeras dan berwarna hitam. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan berbiji-biji hitam, terutama di hidung dan kawasan yang paling berminyak di muka.

petua kulit licinpetua kulit licin

Kalau dibiarkan berlarutan, minyak yang terperangkap ini akan dijangkiti bakteria, lalu menyebabkan inflamation (bengkak) dan mengeluarkan nanah. Beginilah terjadinya jerawat bengkak jenis merah dan sakit tu.. ouch! Ada tak petua kulit licin yang boleh membantu?

Ramai orang menggunakan ikhtiar memicit keluar blackhead supaya ia tidak merebak menjadi jerawat… tetapi kaedah ini ada padahnya sekiranya tidak dibuat dengan betul. Kulit boleh membengkak dengan teruk dan menjadikan kulit anda lebih hodoh.

petua kulit licin

Ada juga orang yang gunakan black peeling mask, blackhead remover dan sebagainya.

Namun ada petua kulit licin untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

petua kulit licin

 Petua kulit licin nombor 1 – serbuk kayu manis

Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads dan mengelakkan pembentukannya pada masa hadapan.

Caranya, ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu untuk menghasilkan campuran yang likat. Sapukan campuran ini pada bahagian yang terlibat dan biarkan semalaman. Bilas bersih dengan air keesokan paginya.

Alternatif lain ialah mencampurkan 1 sudu teh serbuk kayu manis dan jus limau nipis dengan secubit kunyit. AWAS! sapuan ni pedih tau..

Amalkan selama 10 hari untuk keputusan terbaik.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 2 – lemon dan madu

Ambil sebiji lemon dan potongkan separuh. Pada sebelah lemon tadi, titiskan 3-4 titik madu dan dengan lembut, sapukan pada bahagian yang ber blackhead. Buatkan gerakan putaran pada muka dan oles dengan lembut. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Jus lemon tadi akan membantu mengecutkan pori-pori dan fiber pada lemon akan membantu menanggalkan blackhead.

Awas kepada mereka yang berkulit sensitif, dan jangan sapukan pada kulit yang luka atau melecet.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 3 – susu dan serbuk buah pala

Petua ni saya baru belajar daripada website crunchybetty.com di mana 1 sudu teh parutan buah pala dicampurkan dengan sedikit susu. Campuran ini kemudian dijadikan scrub dan di gosokkan pada bahagian wajah.

Serbuk buah pala bertindak sebagai pelelas blackhead dan boleh menghilangkan minyak manakala asid laktik daripada susu boleh melarutkan sel-sel mati pada kulit.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 4 – putih telur

Jadikan putih telur seperti peel mask. Mula-mula sapukan selapis putih telur dengan jari ataupun berus melukis. Biarkan kering seketika sebelum menyapukan lapisan kedua. Untuk bahagian-bahagian yang ada blackhead yang lebih banyak, sapukan lapisan ketiga dan keempat selepas lapisan sebelumnya kering sedikit.

Selepas 15 minit, muka akan rasa tegang. Apabila mask telah benar-benar kering, tarik lapisan mask sehingga habis. Gunakan kain mikrofiber yang lembap untuk membersihkan saki-baki mask.

Petua kulit licin nombor 5 – gunakan set kulit Shaklee

Ada beberapa produk Shaklee yang boleh di amalkan untuk merawat dan mencantikkan kulit daripada dalam. Ini termasuk:

Vitamin C – antioksidan yang membantu pembentukan kolagen semulajadi

Vitamin E – antioksidan yang membantu membaiki sel dan menghilangkan parut

Vivix – antioksidan yang bertindak sebagai anti penuaan

Collagen powder – menegangkan dan menambahkan keanjalan kulit

petua kulit licin
Set kulit Shaklee Extravaganza

Cuba set ini dan selain mendapat kulit yang cantik dan licin, faedah lain termasuk:

1. Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM75

2. Rebet +- RM50 pada bulan hadapannya

3. Membeli produk-produk Shaklee pada diskaun sehingga 33%

4. Peluang percutian dan umrah

5. Dan banyak lagi 🙂

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...