SET SHAKLEE UNTUK GEMUK

Set Shaklee untuk gemuk dan tips naikkan berat badan

2 bulan lepas ada orang bertanya berkenaan Set Shaklee untuk gemuk.

SET SHAKLEE UNTUK GEMUK

Eh wujud ke? Selama ni orang beriya-iya bertanya saya tentang Set Shaklee untuk kurus. Tetapi kali ini berbeza betul 180 darjah.

Orang-orang yang biasanya hendak menaikkan berat badan ni ada yang disebabkan badan terlalu kurus, tiada isi dan kerempeng sampai nampak tulang. Tulang rawan pun nampak tau :p

Jadi bermasalah pula sebab mungkin nampak tak cantik atau tak volouptous gittew kan…

set shaklee untuk gemuk 1

Dan satu lagi disebabkan kurang selera makan. Entah apa la yang difikirkan sampai tak berselera nak makan tu.

Putus cinta, putus tunang, stress, banyak kerja, tak sempat nak makan dan macam-macam lagi…

set shaklee untuk gemuk 1

 

Atau makan sedikit sahaja.

Mungkin sebab terlalu lama sangat kurus sampai saiz perut dah mengecut. Jadi tangki tu tak boleh isi banyak-banyak sangat.

Macam kita lepas bulan Ramadhan la, sebab sebulan berpuasa, makan pun tak berapa banyak. Naik 1 Syawal je jemm tak berapa nak makan sangat.

set shaklee untuk gemuk 1

APA yang penting?

Jadi saya pun tanpa ragu mendapatkan konsultasi daripada sahabat baik saya, seorang pakai vitamin dan nutrisi.

Beliau berkata, kalau nak menambahkan berat, ada beberapa nutrien penting yang diperlukan oleh badan:

1. Protein – untuk membina isi daging dan otot

2. Vitamin B – untuk meningkatkan selera makan dan menambahkan mood baik serta ceria

3. Lemak dan karbohidrat ringkas (gula) – untuk… menambahkan lemak

 

Anak Jadi Bahan Eksperimen

OKlah, saya kene mengaku bersalah atas hal ini.

Ya anak-anak saya memang ada masalah kurang selera makan sikit. Selalu kene tegur dengan mak dan ayah saya kalau mereka datang melawat:

“Kenapa anak-anak kau ni kurus aje mak tengok?”

Dush.. dush… adeh kan dah kene sedas.

Adakah saya masak tak sedap? Oh tidak. Tentu sedap sebab cik abang saya badan bagai di pam-pammm….

hmmm..

So saya eksperimen kan 2 Set Shaklee untuk Gemuk ni kepada anak-anak saya untuk melihat kesannya:

 

Set Shaklee untuk gemuk nombor 1 – Mealshakes dan ESP

Mula-mula saya bancuhkan Mealshakes sahaja dan beri mereka minum.

set shaklee untuk gemuk

Syifaak – “tak suka!”

Solehin – “sedap mami!”

Suhayb – cebik muka dan terus tak nak minum.

Suhayb belum reti cakap lagi. So dia buat expression muka aje la.. haha comel

Eksperimen gagal sebab Solehin sekali tu je nak minum. Lepas tu bolayan air Mealshakes mami yang lazat ni…

Haish budak bertuah!

Lepas tu saya bancuh ESP sahaja..

set shaklee untuk gemuk

Gagal juga sebab semua orang langsung tak nak!

Kaciwa hati mami ok

Kalau tak biasa, bancuhan ESP ni tak rasa apa-apa.. macam minum air serbuk kapur agaknya… so biasalah budak-budak kerjanya tahu nak minum yang manis-manis sedap-sedap aje kan..

OKlah kalau gitu mami improvise, kita campurkan Mealshakes dan ESP sekali..

Buat ala-ala milk shake gitu kan.

Pastu jeng-jeng jenggg

Licinnn..

set shaklee untuk gemuk

Alhamdulillah lepas beberapa minggu, saya beri mereka minum set Shaklee untuk gemuk Mealshakes + ESP, iaitu sebahagian daripada komponen set Shaklee untuk kanak-kanak, selera makan memang bertambah.

Kalau dulu memang susah nak habiskan nasi, sekarang mereka semua makan bertambah-tambah nasi

Dalam sebulan, si kecik Suhayb dah naik 2kg.. ala-ala nak patah lengan juga kalau dukung dia

Masing-masing dah membesar bagai juara

set shaklee untuk gemuk
Geng membesar bagaikan juara

Begitu juga rupanya dengan sahabat pakar nutrisi saya tadi. Membesar bagai juara jugak.

Duduk di wad berbulan-bulan sebab menjaga anak yang sakit. Banyak masa lapang dia duk pergi bancuh Mealshakes + ESP aje.. tup tup berat badan pun naik 10kg heheh

OK la kan daripada duk sedih aje.. mari happy kan diri dengan menambah berat badan.. eh

 

Set Shaklee untuk gemuk nombor 2 – Vitalea dan B Complex

OK untuk set yang ni memang tak boleh nak test kat anak-anak sebab deorang tak boleh nak telan-telan pil lagi.

set shaklee untuk gemuk

Tapi ada produk baru sudah datang, Vitalea for Children. Chewables tablet.

Saya belum cuba kan pada anak-anak. Lepas cuba nanti saya tulis satu posting OK 🙂

set shaklee untuk gemuk

So saya percaya ajelah dengan nasihat kawan saya si pakar nutrisi tadi.

Logiknya sebab Vitalea mengandungi pelbagai Vitamin dan Mineral yang penting untuk badan. Kadang-kadang badan kita ni kalau tak cukup 1 mikronutrien pun dia tak boleh berfungsi dengan baik. Macam-macam boleh jadi termasuklah badan tak boleh menyimpan lemak ataupun membina isi daging…

So Vitalea ni boleh mencukupkan keperluan vitamin dan mineral tadi lalu badan pun boleh bekerja dengan normal. Selera makan pun bertambah.

Vitamin B Complex pula ada kaitan dengan mood baik. Mood baik datang, maka mood makan pun datang. Begitulah rumus mudah difahami oleh kita-kita ni 🙂

Set ni sesuai untuk mereka yang tak berapa rajin nak bancuh-bancuh shakes gitu. Cepat mudah dan tepat.

 

Apa lagi yang boleh dibuat?

Pengambilan set Shaklee untuk gemuk sahaja mungkin tidak cukup power untuk membantu anda naikkan berat badan.

Saya kongsikan di bawah ini antara tips daripada The Mayo Clinic tentang bagaimana untuk menambahkan berat badan dengan sihat dan selamat:

set shaklee untuk gemuk

1. Makan lebih kerap

2. Pilih makanan yang kaya dengan nutrisi, bukan junkfood

3. Rajinkan minum shakes yang bersusu, kurangkan kopi dan teh

4. Makan snek berkhasiat

5. Letak topping pada makanan seperti heavy cream, keju dan telur

6. Bersenam untuk membesarkan otot

 

Jadi begitulah kisah set Shaklee untuk gemuk serta sedikit tips untuk naikkan berat badan. Khas untuk mereka yang sedang menderita dan tertekan akibat terlalu kurus.

 

>>>> Untuk mecuba set Mealshakes dan ESP boleh membuat tempahan di sini.

Jika membeli set ini, ada peluang mendapat Keahlian Shaklee secara PERCUMA. Hubungi saya.

>>>> Untuk mencuba set Vitalea dan B Complex boleh membuat tempahan di sini

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Set Shaklee untuk gemuk dan tips naikkan berat badan

Leave a Comment

CommentLuv badge