Petua kulit licin supaya blackhead dapat dihilangkan

Blackhead ni memang merimaskan ramai orang terutamanya wanita. Mengapa saya kata begitu? Sebab nampak orang lelaki (read: suami saya) rilaks aje kalau ada bleakhead ni hehe..

petua kulit licin

Blackhead ni terjadi apabila minyak dan sebum kulit terperangkap dalam pori-pori. Bahagian ‘kepala’ minyak yang terdedah kepada udara ini akan memerangkap debu dan habuk disekitar, menyebabkan dia mengeras dan berwarna hitam. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan berbiji-biji hitam, terutama di hidung dan kawasan yang paling berminyak di muka.

petua kulit licinpetua kulit licin

Kalau dibiarkan berlarutan, minyak yang terperangkap ini akan dijangkiti bakteria, lalu menyebabkan inflamation (bengkak) dan mengeluarkan nanah. Beginilah terjadinya jerawat bengkak jenis merah dan sakit tu.. ouch! Ada tak petua kulit licin yang boleh membantu?

Ramai orang menggunakan ikhtiar memicit keluar blackhead supaya ia tidak merebak menjadi jerawat… tetapi kaedah ini ada padahnya sekiranya tidak dibuat dengan betul. Kulit boleh membengkak dengan teruk dan menjadikan kulit anda lebih hodoh.

petua kulit licin

Ada juga orang yang gunakan black peeling mask, blackhead remover dan sebagainya.

Namun ada petua kulit licin untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

petua kulit licin

 Petua kulit licin nombor 1 – serbuk kayu manis

Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads dan mengelakkan pembentukannya pada masa hadapan.

Caranya, ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu untuk menghasilkan campuran yang likat. Sapukan campuran ini pada bahagian yang terlibat dan biarkan semalaman. Bilas bersih dengan air keesokan paginya.

Alternatif lain ialah mencampurkan 1 sudu teh serbuk kayu manis dan jus limau nipis dengan secubit kunyit. AWAS! sapuan ni pedih tau..

Amalkan selama 10 hari untuk keputusan terbaik.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 2 – lemon dan madu

Ambil sebiji lemon dan potongkan separuh. Pada sebelah lemon tadi, titiskan 3-4 titik madu dan dengan lembut, sapukan pada bahagian yang ber blackhead. Buatkan gerakan putaran pada muka dan oles dengan lembut. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Jus lemon tadi akan membantu mengecutkan pori-pori dan fiber pada lemon akan membantu menanggalkan blackhead.

Awas kepada mereka yang berkulit sensitif, dan jangan sapukan pada kulit yang luka atau melecet.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 3 – susu dan serbuk buah pala

Petua ni saya baru belajar daripada website crunchybetty.com di mana 1 sudu teh parutan buah pala dicampurkan dengan sedikit susu. Campuran ini kemudian dijadikan scrub dan di gosokkan pada bahagian wajah.

Serbuk buah pala bertindak sebagai pelelas blackhead dan boleh menghilangkan minyak manakala asid laktik daripada susu boleh melarutkan sel-sel mati pada kulit.

petua kulit licin

Petua kulit licin nombor 4 – putih telur

Jadikan putih telur seperti peel mask. Mula-mula sapukan selapis putih telur dengan jari ataupun berus melukis. Biarkan kering seketika sebelum menyapukan lapisan kedua. Untuk bahagian-bahagian yang ada blackhead yang lebih banyak, sapukan lapisan ketiga dan keempat selepas lapisan sebelumnya kering sedikit.

Selepas 15 minit, muka akan rasa tegang. Apabila mask telah benar-benar kering, tarik lapisan mask sehingga habis. Gunakan kain mikrofiber yang lembap untuk membersihkan saki-baki mask.

Petua kulit licin nombor 5 – gunakan set kulit Shaklee

Ada beberapa produk Shaklee yang boleh di amalkan untuk merawat dan mencantikkan kulit daripada dalam. Ini termasuk:

Vitamin C – antioksidan yang membantu pembentukan kolagen semulajadi

Vitamin E – antioksidan yang membantu membaiki sel dan menghilangkan parut

Vivix – antioksidan yang bertindak sebagai anti penuaan

Collagen powder – menegangkan dan menambahkan keanjalan kulit

petua kulit licin
Set kulit Shaklee Extravaganza

Cuba set ini dan selain mendapat kulit yang cantik dan licin, faedah lain termasuk:

1. Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM75

2. Rebet +- RM50 pada bulan hadapannya

3. Membeli produk-produk Shaklee pada diskaun sehingga 33%

4. Peluang percutian dan umrah

5. Dan banyak lagi 🙂

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Petua kulit licin supaya blackhead dapat dihilangkan

  1. Saya ada tips tambahan untuk kulit cerah dan licin.
    Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Leave a Comment

CommentLuv badge