Mudah dan ringkas – 5 tips kulit cantik dengan bahan-bahan dari dapur

Sebenarnya tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang cantik dan jelita. Hanya masuk dapur dan buka pantry atau peti sejuk anda, dan pelbagai bahan-bahan yang biasa boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Di bawah dikongsikan tips kulit cantik menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dari dapur:

Tips kulit cantik nombor 1 – madu

tips kulit cantik

Madu memang amat bagus untuk kulit. Ia bertindak sebagai antiseptik dan anti-kulat semulajadi, selain sebagai humektan yang mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Kulit yang lembap boleh mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan, dan juga menngurangkan kedutan pada wajah.

Cuba juga sapukan sedikit pada jerawat yang pecah untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Yang lebih adventurous, boleh cuba scrub-mask madu seperti di bawah 🙂

Tips kulit cantik nombor 2 – telur

tips kulit cantik

Telur memang digunakan dalam masakan, tetapi jangan lupa fungsinya untuk menjadikan anda cantik! Putih telur boleh disapukan ke wajah untuk mengurangkan kedutan dan berpotensi untuk menegangkang kulit yang kendur.

Bahan yang murah ini amat sesuai dijadikan mask untuk kulit yang lebih segar dan tegang:

1. Asingkan putih dari kuning telur

2. Pukul putih telur dengan garfu selama 10 saat

3. Sapukan pada wajah dengan hujung jari

4. Biarkan selama 30 minit, atau sehingga kering sepenuhnya

5. Cuci putih telur dari wajah sehingga bersih

Berikut adalah resipi mask putih telur yang anda boleh sesuaikan dengan jenis kulit anda:


Tips kulit cantik nombor 3 – dadih / yogurt

tips kulit cantik

Dadih juga merupakan salah satu bahan ajaib yang mempunyai pelbagai fungsi untuk kulit wajah anda.

Ia membantu melembapkan kulit, memerangi jerawat, mengurangkan pigmentasi, melambatkan proses penuaan dan memberikan kelegaan untuk kulit yang terbakar (sunburn).

Berikut adalah satu video untuk membuat yogurt mask. Mudah dan murah 🙂

Tips kulit cantik nombor 4 – garam

tips kulit cantik

Garam merupakan scrub yang baik dan agen penyembuhan.

Untuk merawat jerawat yang degil, campurkan garam bersama madu untuk membuat sebatian yang likat, dan sapukan pada jerawat tersebut.

Awas, mungkin akan pedih sedikit, tetapi biarlah sakit untuk cantik! ;p

Resipi lain termasuk mencampurkan garam dengan serbuk kayu manis, seperti ini:

Tips kulit cantik nombor 5 – rawatan dalaman

Kalau anda tonton semua video-video di atas, memang jelas selepas menggunakan kaedah rawatan luaran menggunakan bahan semulajadi akan menghasilkan instant results – kulit nampak lebih lembut, lembap, bersih dan bercahaya.. wohoo

Selain rawatan luaran, amat penting untuk memastikan kulit kita dirawat dari dalam. Rawatan dalaman memastikan kulit kita sentiasa kekal sihat dan cantik.

tips kulit cantik

Vitamin dan supplement yang penting untuk rawatan dalaman kulit adalah:

Vitamin A (daripada Carotomax Shaklee)

Vitamin C (daripada SR Vita-C Plus Shaklee)

Vitamin E (daripada Vita E Complex Shaklee)

Tambahan kolagen (daripada Collagen Powder Shaklee)

 

Bertanyalah kepada saya berkenaan produk-produk untuk kecantikan kulit daripada Shaklee seperti di atas dan tips kulit cantik yang lain..

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge