beli insurans

Kempen Kesihatan #Superstars Shaklee: Beli Insurans atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting?

Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Terima kasih di ucapkan kepada Team Besar Kami Superstars Shaklee kerana menganjurkan kempen kesedaran jaga kesihatan. Terima kasih kepada Aada Ummi Awesome Pengedar Shaklee Penang sebab tag saya untuk mengulas tentang tajuk cabaran ini.

beli insurans

So, here it goes 🙂

Kalau kat timeline FB saya, memang ramai geng-geng penjual takaful ni selalu menulis tentang kepentingan beli insurans takaful, sama ada untuk tujuan perlindungan kemalangan mahupun untuk kad medical.

Spesifik tentang kad medical, ia digunakan oleh pemegang polisi untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar tanpa membayar penuh kos perubatan tersebut. Ini kerana kos tersebut telah di cover oleh pencarum-pencarum dalam program takaful tersebut.

Bagi saya, konsep ini amat menguntungkan terutama untuk mereka yang ‘tiba-tiba’ memerlukan rawatan rumit dan berkos tinggi. Mengapa saya kata tiba-tiba? Ini kerana sebelum berjaya menjadi pemegang polisi, kita hendaklah di sahkan sihat daripada sebarang penyakit oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

Syarikat takaful tidak akan meluluskan permohonan untuk orang yang sudah ada penyakit atau existing health condition.

Orang yang sakit tidak layak memohon polisi kesihatan dan beli insurans

beli insurans

Realiti yang sangat menyakitkan, ouch!

Jika hendak beli sekalipun, tidak boleh atas nama sendiri tetapi atas nama isteri, anak-anak atau mak ayah.

Diri sendiri yang sedang  merana sakit, tiada syarikat takaful pun sudi layan jika pun anda nak bayar ribuan ringgit premium sebulan.

Lagi satu, pengalaman saya sendiri di mana ketika anak ke-4 saya Emirah As Saff  disahkan ada penyakit Billiary Atresia iaitu sejenis birth defect berkenaan hati/ liver. Tiada satu pun syarikat takaful yang mahu wang saya untuk membiayai insuran takaful perubatan dia 🙁

Apa alternatif yang ada untuk orang yang sedia ada berpenyakit?

Tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan oleh orang yang sedia ada keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

beli insurans

Beberapa cadangan yang saya boleh fikirkan logik:

  1. Wujudkan tabung kesihatan sendiri

    Di pejabat saya ada seorang senior manager yang pemikirannya agak berhaluan kiri berkenaan insurans. Beliau rasa tidak puas hati dengan program insurans dan takaful di mana setiap bulan pencarum membayar sejumlah wang tetapi agen takaful kelihatan bergembira melancong ke luar negara kerana mencapai angka sales tertentu.

    Ya jika difikirkan logic juga statement beliau tu (tiba-tiba saya pun turut rasa tidak puash hati huhu). Sebagai backup, beliau memang memperuntukan sebahagian gaji bulanan untuk disimpann sebagai ‘insurans’ sekiranya apa2 berlaku kepada dirinya atau ahli keluarganya.  Tidak membayar premium beli insurans tidak bermaksud kita lupakan terus untuk jaga kesihatan dan menyimpan demi tabung kesihatan diri kita dan keluarga.

  2. Kahwini pasangan yang kayabeli insurans

    Oh well, jalan penyelesaian yang mudah tetapi tidak begitu mudah. Haha. Pasangan yang kaya mahu ke kepada diri kita yang sudah ada penyakit ni? hmm hmm kecuali dirinya juga senasib dengan kita maka tahap empati itu lebih lah. Harapnya pasangan kita tu loaded lah untuk biayai perbelanjaan kesihatan dan perubatan kita apabilla tiba masanya.. takut dia makin tinggalkan kita pula huhuuuu

  3. Kerja dalam syarikat yang menyediakan medical benefits

    Banyak syarikat  yang  menyediakan medical benefits full coverage kepada pekerja dan kadang kala kepada ahli keluarga. Ada yang unlimited, bermakna syarikat akan membayar penuh segala kos perubatan yang kta perlukan. Ada juga pakej medical benefit yang mempunyai limit atau nilai siling tahunan, contohnya RM10k atau RM40k setahun. Jadi andai penyakit kita itu komitmen tahunan tidak melebihi nilai siling, Alhamdulillah selamat… tetapi kalau dah  kena penyakit kronik contohnya kanser di mana perbelanjaan perubatan sekali chemotherapy sudah melebih RM20k.. hmm bagaimana pula tu ya…

  4. Laburkan wang pada supplement berkualitibeli insurans

    Supplement bukan ubat, dan ubat bukan supplement. Supplement yang berkualiti dan terbukti berkesan dengan adanya  Landmark Study atau kajian penggunaan selamat dalam jangkamasa panjang adalah yang terbaik diambil untuk meningkatkan kualiti hidup orang yang sudah ada pre-health condition. Usahlah bazir duit beli supplement yang entah hapa2 dan buat claim yang melambung tinggi. Pastikan supplement yang  anda  ambil itu ada kajian klinikal dan sudah diuji berkesan, bukan sekadar testimoni-testimoni pengguna sahaja. Contoh seperti produk Shaklee, banyak kajian telah  dijalankan atas kesan produk kepada orang-orang yang sudah ada health condition, Alhamdulillah banyak membantu mereka untuk natural dan self-healing. Mana tahu ada rezeki terus sembuh dari penyakit itu kan 🙂 Produk Shaklee feveret saya ialah Vivix Shaklee. Boleh baca link ini untuk explore apa kebaikan Shaklee  Vivix 🙂

  5. Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat

    Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Tidur dan rehat yang mencukupi. Jauhi stress dan bahan-bahan kimia beracun. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta follow petua-petua orang lama yang menjadi rahsia  kesihatan dan awet muda mereka 🙂 Contohnya untuk mengubati kencing manis secara tradisional, orang dulu kala akan amalkan pemakanan peria katak dan sayur-sayuran yang pahit-pahit sebagai ubat. Kesannya mungkin tidak ketara dan lebih kepada kaedah prevention, namun tidak salah untuk mencubanya 🙂

Jadi, konslusinya Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Untuk orang yang sihat, sila beli isnurans dan jaga kesihatan. Untuk orang yang dah ada penyakit, anda tiada pilihan, wajib jaga kesihatan sampailah doktor sahkan anda layak untuk beli insurans (ini untuk lifestyle illness sahaja ya seperti diabetis, hypertension dll, yang sudah permanent damage sudah tak boleh nak buat apa la 🙁 )

OK cukup disitu  ulasan saya berkenaan tajuk Beli Insuran vs Jaga Kesihatan. Jadi jika ikut peraturan game ni saya kene tag sesorang hehehe…

Oleh yang demikian, sukacita saya nak tag Yanti Pengedar Shaklee Cheras untuk mengulas tentang tajuk ni pula.. hehe good luck my dear you gonna need it 😉

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge