Kempen Kesihatan #Superstars Shaklee: Beli Insurans atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting?

beli insurans

Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Terima kasih di ucapkan kepada Team Besar Kami Superstars Shaklee kerana menganjurkan kempen kesedaran jaga kesihatan. Terima kasih kepada Aada Ummi Awesome Pengedar Shaklee Penang sebab tag saya untuk mengulas tentang tajuk cabaran ini.

beli insurans

So, here it goes 🙂

Kalau kat timeline FB saya, memang ramai geng-geng penjual takaful ni selalu menulis tentang kepentingan beli insurans takaful, sama ada untuk tujuan perlindungan kemalangan mahupun untuk kad medical.

Spesifik tentang kad medical, ia digunakan oleh pemegang polisi untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar tanpa membayar penuh kos perubatan tersebut. Ini kerana kos tersebut telah di cover oleh pencarum-pencarum dalam program takaful tersebut.

Bagi saya, konsep ini amat menguntungkan terutama untuk mereka yang ‘tiba-tiba’ memerlukan rawatan rumit dan berkos tinggi. Mengapa saya kata tiba-tiba? Ini kerana sebelum berjaya menjadi pemegang polisi, kita hendaklah di sahkan sihat daripada sebarang penyakit oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

Syarikat takaful tidak akan meluluskan permohonan untuk orang yang sudah ada penyakit atau existing health condition.

Orang yang sakit tidak layak memohon polisi kesihatan dan beli insurans

beli insurans

Realiti yang sangat menyakitkan, ouch!

Jika hendak beli sekalipun, tidak boleh atas nama sendiri tetapi atas nama isteri, anak-anak atau mak ayah.

Diri sendiri yang sedang  merana sakit, tiada syarikat takaful pun sudi layan jika pun anda nak bayar ribuan ringgit premium sebulan.

Lagi satu, pengalaman saya sendiri di mana ketika anak ke-4 saya Emirah As Saff  disahkan ada penyakit Billiary Atresia iaitu sejenis birth defect berkenaan hati/ liver. Tiada satu pun syarikat takaful yang mahu wang saya untuk membiayai insuran takaful perubatan dia 🙁

Apa alternatif yang ada untuk orang yang sedia ada berpenyakit?

Tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan oleh orang yang sedia ada keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

beli insurans

Beberapa cadangan yang saya boleh fikirkan logik:

  1. Wujudkan tabung kesihatan sendiri

    Di pejabat saya ada seorang senior manager yang pemikirannya agak berhaluan kiri berkenaan insurans. Beliau rasa tidak puas hati dengan program insurans dan takaful di mana setiap bulan pencarum membayar sejumlah wang tetapi agen takaful kelihatan bergembira melancong ke luar negara kerana mencapai angka sales tertentu.

    Ya jika difikirkan logic juga statement beliau tu (tiba-tiba saya pun turut rasa tidak puash hati huhu). Sebagai backup, beliau memang memperuntukan sebahagian gaji bulanan untuk disimpann sebagai ‘insurans’ sekiranya apa2 berlaku kepada dirinya atau ahli keluarganya.  Tidak membayar premium beli insurans tidak bermaksud kita lupakan terus untuk jaga kesihatan dan menyimpan demi tabung kesihatan diri kita dan keluarga.

  2. Kahwini pasangan yang kayabeli insurans

    Oh well, jalan penyelesaian yang mudah tetapi tidak begitu mudah. Haha. Pasangan yang kaya mahu ke kepada diri kita yang sudah ada penyakit ni? hmm hmm kecuali dirinya juga senasib dengan kita maka tahap empati itu lebih lah. Harapnya pasangan kita tu loaded lah untuk biayai perbelanjaan kesihatan dan perubatan kita apabilla tiba masanya.. takut dia makin tinggalkan kita pula huhuuuu

  3. Kerja dalam syarikat yang menyediakan medical benefits

    Banyak syarikat  yang  menyediakan medical benefits full coverage kepada pekerja dan kadang kala kepada ahli keluarga. Ada yang unlimited, bermakna syarikat akan membayar penuh segala kos perubatan yang kta perlukan. Ada juga pakej medical benefit yang mempunyai limit atau nilai siling tahunan, contohnya RM10k atau RM40k setahun. Jadi andai penyakit kita itu komitmen tahunan tidak melebihi nilai siling, Alhamdulillah selamat… tetapi kalau dah  kena penyakit kronik contohnya kanser di mana perbelanjaan perubatan sekali chemotherapy sudah melebih RM20k.. hmm bagaimana pula tu ya…

  4. Laburkan wang pada supplement berkualitibeli insurans

    Supplement bukan ubat, dan ubat bukan supplement. Supplement yang berkualiti dan terbukti berkesan dengan adanya  Landmark Study atau kajian penggunaan selamat dalam jangkamasa panjang adalah yang terbaik diambil untuk meningkatkan kualiti hidup orang yang sudah ada pre-health condition. Usahlah bazir duit beli supplement yang entah hapa2 dan buat claim yang melambung tinggi. Pastikan supplement yang  anda  ambil itu ada kajian klinikal dan sudah diuji berkesan, bukan sekadar testimoni-testimoni pengguna sahaja. Contoh seperti produk Shaklee, banyak kajian telah  dijalankan atas kesan produk kepada orang-orang yang sudah ada health condition, Alhamdulillah banyak membantu mereka untuk natural dan self-healing. Mana tahu ada rezeki terus sembuh dari penyakit itu kan 🙂 Produk Shaklee feveret saya ialah Vivix Shaklee. Boleh baca link ini untuk explore apa kebaikan Shaklee  Vivix 🙂

  5. Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat

    Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Tidur dan rehat yang mencukupi. Jauhi stress dan bahan-bahan kimia beracun. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta follow petua-petua orang lama yang menjadi rahsia  kesihatan dan awet muda mereka 🙂 Contohnya untuk mengubati kencing manis secara tradisional, orang dulu kala akan amalkan pemakanan peria katak dan sayur-sayuran yang pahit-pahit sebagai ubat. Kesannya mungkin tidak ketara dan lebih kepada kaedah prevention, namun tidak salah untuk mencubanya 🙂

Jadi, konslusinya Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Untuk orang yang sihat, sila beli isnurans dan jaga kesihatan. Untuk orang yang dah ada penyakit, anda tiada pilihan, wajib jaga kesihatan sampailah doktor sahkan anda layak untuk beli insurans (ini untuk lifestyle illness sahaja ya seperti diabetis, hypertension dll, yang sudah permanent damage sudah tak boleh nak buat apa la 🙁 )

OK cukup disitu  ulasan saya berkenaan tajuk Beli Insuran vs Jaga Kesihatan. Jadi jika ikut peraturan game ni saya kene tag sesorang hehehe…

Oleh yang demikian, sukacita saya nak tag Yanti Pengedar Shaklee Cheras untuk mengulas tentang tajuk ni pula.. hehe good luck my dear you gonna need it 😉

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Pati Resveratrol -Penemuan Sains Cara Sembuhkan Kencing Manis

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Cara Sembuhkan Kencing Manis Menggunakan Pati Resveratrol

Lama juga saya research dan cari pelbagai scientific journal tentang Resveratrol. Katanya sebab ia adalah salah satu cara sembuhkan kencing manis atau diabetis secara tepat dan berkesan.

Resveratrol ni sebenarnya adalah salah satu jenis polyphenol iaitu bahan aktif yang terdapat pada kulit tumbuhan, contohnya Anggur, untuk melindungi dirinya daripada serangan penyakit dan kulat.

Dalam aplikasi perubatan, Resveratrol adalah sejenis super antioksidan yang boleh membantu membaiki sel tubuh badan manusia yang rosak dan yang mempunyai ketumbuhan yang abnormal.

Untuk pesakit kencing manis, kerosakan pankreas iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan insulin (hormon yang membantu menukarkan gula kepada tenaga), mengakibatkan kandungan gula dalam darah pesakit diabetis adalah sangat tinggi dan membahayakan!

Jadi, seharusnya nutrient Resveratrol ni mestilah berupaya untuk membaiki sel dalam organ pankreas supaya ia  kembali normal dan mampu menghasilkan hormon insulin secara semulajadi.

Alhamdulillah, Syukur Saya Jumpa!

Sujud syukur kepada Allah, sebab semua kajian dan journal perubatan yang saya jumpa memberikan gambaran positif terhadap kesan pengambilan Pati Resveratrol terhadap pesakit-pesakit kencing manis 🙂

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Contohnya Kajian oleh 2 orang saintis T. Szkudelski & K Szkudelska (2011) terhadap journal-journal terdahulu berkenaan Resveratrol dan diabetis membuktikan bahawa Pati Resveratrol dengan sendirinya, atau digunakan bersama-sama ubat-ubat kencing manis sedia ada, boleh membantu meningkatkan tindakbalas hormon insulin daripada pankreas terhadap glukos.

Maksudnya, ubat kencing manis tu wajib di ambil juga ya, jangan mengelat! Pati Resveratrol boleh membantu Insyaallah 🙂

Pati Resveratrol Boleh Membantu Pesakit Kencing Manis Veteran (umur 69 – 75 tahun)

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Ada satu Kajian pada tahun 2011 yang telah dijalankan ke atas 10 orang pesakit kencing manis berusia 69 hingga 75 tahun.

Para saintis ini mendapati, penggunaan 1-2 gram pati Resveratrol sehari boleh meningkatkan sensitivity insulin terhadap glukos dalam darah.

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis Ini pula adalah Kajian yang telah di lakukan oleh 13 orang saintis dari Hungary, pergh ramai tu.. punyalah banyak manpower diperlukan untuk mengkaji kes ini

Mereka ini semua adalah saintis dan doktor dari Department of Internal Medicine and Nephrological Center, Faculty of Medicine, University of Pe´cs, Pacsirta Street 1, Hungary.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa Pati Resveratrol meningkatkan keupayaan pankreas untuk mengesan kehadiran gula dalam darah.

Di mana Nak Cari Pati Resveratrol?

Bila dah tahu tentang kebaikan Resveratrol dalam cara sembuhkan kencing manis, mestilah nak tahu mana nak dapatkan pati ni kan?

Setahu saya, tiada Pati Resveratrol yang dijual dalam pasaran Malaysia dan Indonesia kecuali Vivix Shaklee

Nanti bacalah posting tentang Vivix Shaklee ya. Mana tahu boleh selesaikan masalah yang tuan/puan sedang alami 🙂

===================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel Cara Sembuhkan Kencing Manis di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013

Untuk Whatsapp klik link ni ==> www.wasap.my/60139820013/Pati%20Resveratrol
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan Dan Selamat

Asyik sembang tentang Produk Shaklee jer… so apakata kita sembang BIOLOGI pulak petang ni 🐀🐣🐐🐏🐘🐒

Setiap makhluk yang hidup bermula denga  atom dan molekul DNA yang membentuk sebiji sel.

Sel2 yang bergabung akan membentuk tisu, yang bila bergabung akan membentuk organ.

Organ ni termasuklah jantung, otot, peparu, ginjal, mata, otak dan lain2.

Apabila organ yang sejenis bergabung, dia akan membentuk sistem, contoh sistem pencernaan yang terhasil daripada gabungan organ esofogus, perut, deodenum, hati, usus, pankreas dan lain-lain lagi.

Sistem2 yang bergabung akan membentuk seorang manusia sempurna ciptaan Ilahi.. gittew 😃


Eh, eh tiba2 pandai Biologi pulak hehehe

Padahal subjek biologi ni la paling saya tak sukai zaman dahulu
(Ceh kunun2 nak jadi doktor, sejak ambil biologi terus kansel, nak jadi engineer pulak hahaha)

Anyway

Pernah dengar tak orang2 melayu kata tentang “panjang umur”?

Panjang umur murah rezeki la lebih kurang gitu

Sebenarnya ‘panjang umur’ ni ada kaitan dengan kepanjangan penutup kromosom sel atau nama saintifik dia Telomere

Lebih panjang telomere seseorang, lebih panjang umur orang tu

Macam mana telomere jadi pendek?

Setiap kali sel badan kita multiply, semakin pendek telomere tersebut

Jadinya kalau betul2 nak panjang umur, kene make sure Telomere kita panjang sokmo lah 😃😃😃

Shaklee ada buat satu Landmark study untuk bezakan kepanjangan Telomere pemakan Produk Shaklee selama 5 tahun dengan orang bukan pemakan Produk Shaklee yang sihat dan tidak merokok

Result test ini ialah kepanjangan Telomere pemakan Produk Shaklee yang berusia 80 tahun sama dengan bukan pemakan Produk Shaklee yang berusia 41 tahun

Ternyata bukan sembang2 kosong yang Produk Shaklee sebenarnya amat berkesan dan selamat diambil sejak bertahun-tahun lamanya

Oh well saya sendiri makan Produk Shaklee bukanlah sebab nak panjang umur

Tapi kan kalau Allah bagi rezeki usia lebih untuk jaga keluarga istimewa saya sampai hujung usia

Saya nak la jadi makcik tua yang sihat, bukan menyusahkan anak beranak tak gittew 😉😉😉

Ps: nah tengoklah gambaq kromosom yang lawa tu hahaha… paham ke idokk?

Anda rasa Produk Shaklee best ke?

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel Lnadmark Study di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

 BELI SHAKLEE ONLINE

7 cara melancarkan buang air besar yang mudah dan berkesan – part 2

cara melancarkan buang air besar

Ada 4 faktor yang boleh mempengaruhi penyahtinjaan yang sihat:

 

1. Berapa kali sehari?

Sebaiknya 1 hingga 3 kali.

Sembelit: Gagal membuang air besar setiap hari

Cirit-birit: Lebih dari 4 kali sehari.

 

2. Kualiti Najis

Najis yang sihat ialah Jenis 4 dan 5

cara melancarkan buang air besar

3. Mudah atau sukar?

Buang air besar seharusnya seperti suatu pit stop perlumbaan.

Anda masuk dan keluar dengan pantas, tanpa sebarang kesakitan atau penderitaan.

 

4. Lawas atau sembelit?

Apabila anda keluar dari tandas, anda perlu berasa nyaman dan puas.

Ketahui 7 cara melancarkan buang air besar supaya pengalaman anda di tandas lebih bahagia :)

 

Sambungan daripada Bahagian 1: 7 cara melancarkan buang air besar yang mudah dan berkesan – part 1

cara melancarkan buang air besar

=================================================================================

5. Cara melancarkan buang air besar kelima – minum jus epal & prune, teh herba atau air suam lemon

Minum jus epal & prun yang asli dan segar berbanding yang telah diproses dalam kotak atau botol.

Yang asli dan segar lebih banyak kandungan serat berbanding yang sudah diproses.

Selain itu, jus yang letah diproses mengandungi lebih banyak bahan kimia pengawet serta gula yang tidak akan membantu dalam melancarkan proses buang air besar anda.

Teh herba dan set Shaklee untuk melawaskan buang air besar juga boleh membantu.

Air suam yang diperah lemon pun boleh diminum pada waktu pagi sewaktu perut kosong agar mudah dicernakan oleh perut dan mencuci usus.

 

cara melancarkan buang air besar==========================================================

6. Cara melancarkan buang air besar keenam – usus pun perlu bersenam

Bersenamlah.

Jika tubuh badan anda yang luaran pun berasa letih lesu, tidak mustahil usus anda pun letih lesu dan gagal menggerakkan najis dengan berkesan.

Jogging, berjalan kaki dan naik basikal setiap hari.

Settle masalah sembelit!

set kurus shaklee

=========================================================

7. Cara melancarkan buang air besar ketujuh – usus anda terlalu stress!

Kepala anda berserabut?

Otak anda kerap memikirkan masalah?

Jangan terkejut jika saya beritahu yang usus anda pun bermasalah juga.

Pergilah menenangkan fikiran.

Buatlah yoga atau spa dan berurut.

Minta tukang urut tu fokus pada bahagian perut dan usus anda.

Mungkin ada yang terbelit atau tersumbat.

 

 

produk shaklee untuk melawaskan buang air besar

Begitulah perkongsian berkenaan cara-cara melancarkan buang air besar. Moga bermanfaat buat semua 🙂

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Mengapa Perlu Ambil Supplement – Kalau tak tahu fakta ni boleh mati cepat (bahagian 1)

mengapa perlu ambil supplement

Mak Jemah (bukan nama sebenar) kadang-kadang sakit hati mendengar kata cacian jiran-jirannya.

Yelah, beliau sebagai golongan profesional dengan gaji yang agak selesa pun ‘jual’ supplement untuk membantu menambahkan lagi pendapatan keluarganya.

Tak cukup lagi ke gaji Empat Ribu Ringgit kau tu?

Tanya jirannya Mak Leha
Tak cukup dirinya dicerca, customer-customer nya yang sudah berbelas-belas tahun membeli produk daripadanya juga pun terkena tempiasnya.

mengapa perlu ambil supplement
Inilah yang Mak Jemah hendak lakukan kepada jiran-jirannya yang kepoh itu

Zaman sekarang ni macam-macam ragam dan reaksi manusia terhadap supplement.

  • Nanti gemuk
  • Nanti baby besar susah nak teran keluar (untuk yang mengandung)
  • Nanti kuat makan
  • Nanti dapat kanser
  • Nanti badan lemah senang dapat penyakit
  • Nanti DNA sel berubah! (yang ni tak boleh blah)

Ah, macam-macam lah orang nak berbincang tentang keburukan, bukannya hendak berbincang tentang mengapa perlu ambil supplement dalam zaman-zaman begini.

Tetapi Mak Jemah selalu ingatkan kepada customer-customernya:

Jangan ambil supplement sebagai alasan engkau hendak jalani kehidupan yang tidak sihat atau tidak mahu mengikut diet pemakanan yang betul.

mengapa perlu ambil supplement

Ambil supplement tapi:

– tak mahu bersenam
– makan macam lori satu tan
– makan manis dan berlemak minyak
– jadual makan tak teratur
– minum arak
– hisap rokok
– tidur lewat
– dan sebagainya

No-no-no itu semua salah!

Gaya hidup dan pemakanan mesti sihat juga, baru supplement boleh berfungsi dengan betul dalam badan kita.

 

Mengapa Perlu Ambil Supplement: Pertama – Makanan sekarang sudah tak berkhasiat

Ni bukan makanan-makanan yang memang betul-betul tak berkhasiat seperti cikedis, makanan rapu atau makanan ringan.

mengapa perlu ambil supplement

Ini berkenaan makanan yang kita selalu makan untuk dapatkan nutrisi lengkap pun banyak yang sudah tak seberkhasiat seperti dulu.

Sayur-sayuran yang kita beli dipasar, ditanah apakah yang ia ditanam? Subur dan penuh nutrien kah?

mengapa perlu ambil supplement

Berapa banyak bahan kimia yang disembur supaya ia kelihatan segar dan tidak dimakan ulat (tips beli sayur, beli lah yang dimakan ulat sikit-sikit. Itu tandanya ia tiadak banyak chemicals disembur padanya)

Berapa lama dia sudah dipetik dan disimpan dalam peti dingin untuk mengekalkan rupa segarnya?

mengapa perlu ambil supplement

Berapa hari/minggu sebelum sayur itu sampai ke tangan kita? Semasa dalam tempoh itu, berapa banyak zat vitamin yang telah terhapus akibat terdedah kepada udara dan suhu tinggi?

Kecuali kalau kita sendiri yang tanam sayur ditepi rumah, dipetik terus masuk dapur untuk dimasak dan dimakan.

Kajian menunjukkan zat secawan bayam pada zaman 1960an hanya boleh ditandingi dengan 4 cawan bayam pada zaman sekarang.

mengapa perlu ambil supplement

Banyak tu bayam yang nak kene makan…
Mengapa Perlu Ambil Supplement Kedua – bahan kimia terlarang

Banyak bahan kimia yang berpotensi bahaya atau belum lagi diuji bahayanya telah dimasukkan ke dalam makanan kita.

mengapa perlu ambil supplement

Makanan berproses di dalam botol, tin, kotak dan paket plastik terutamanya.

Tamadun manusia belum cukup lama untuk uji bahaya dan kesan bahan-bahan kimia ini terhadap badan manusia.

mengapa perlu ambil supplement

Yang kita tahu, bahan-bahan ini digunakan sebagai pengawet, pemanis, pengkondisioner, perasa dan pewarna tiruan.

Yang kita tak tahu, bagaimana pula?

mengapa perlu ambil supplement

 

To be continued Mengapa perlu ambil supplement (bahagian 2)

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...