cara menanggalkan kutu babi

Cara menanggalkan kutu babi yang durjana

Saya terpanggil nak kongsi cerita cara menanggalkan kutu babi ini sebab dah masuk kali ketiga ahli keluarga saya digigit kutu babi.

Kutu babi tu apa? Jangan risau! Kutu babi atau ‘cikenet’ atau ‘tick’ atau ‘pirah’ dalam dialek Terengganu adalah sejenis kutu, bukanlah sejenis babi.

Jadi kalau terkena tak payah lah nak samak kann… 😛

cara menanggalkan kutu babi

Kutu babi ni sejenis serangga Araknid (keluarga labah-labah) berkaki lapan dan bersifat parasit luaran. Mereka suka sedut darahhh!

Baru-baru ini, ada seorang manager di tempat saya berkongsi yang kutu babi akan berhijrah ke kawasan yang tidak terkena banjir.

Sedia maklum, kawasan rumah saya memang tak dinaiki air namun kawasan sekitar seperti Kemaman dan Dungun naik banjir.

Jadi mungkin geng kutu babi ni sudah lompat-lompat datang ke Kerteh.

=========================

 

Cara menanggalkan kutu babi

Dalam perkongsian tersebut, beliau cadangkan beberapa kaedah home-remedy cara menanggalkan kutu babi:

1. Alkohol – sapu alkohol pada kutu babi. Nanti dia pedih dan mudah dicabut.

2. Air Tembakau – kemudahan untuk rumah yang ada penghisap rokok daun. Titis pada kutu babi nanti dia pening dan tanggal

3. Cabut dengan tangan – kalau dia masih kecil dan belum grip sangat, boleh cabut guna tangan.

===========================

 

Cara Menanggalkan Kutu Babi – Episod Syifaak

Mula-mula anak sulung saya Syifaak yang kena gigit.

Betul-betul dibirai kelopak mata atas.

cara menanggalkan kutu babi

Diusik, sakit. Nak tarik tak boleh. Kuat cengkamannya. Dah gemuk pulak tu!

Nak sapu alkohol bahaya sebab terlalu dekat dengan mata.

Akhirnya terpaksa bawa ke klinik, doktor snip sikit bulu mata dan tarik dengan tweezers.

Syifaak pula sebab menggelupur dan menjerit-jerit ketakutan, nurse terpaksa balut badan dia tak kasi bergerak semasa prosedur dijalankan huhu

Lepas ditarik, lab technician pun cek bawah kanta mikro kalau ada kaki kutu yang tertinggal di mata.

Alhamdulillah semua kaki dia intact. Katanya kalau kaki atau cangkuk tertinggal, tempat gigit tu akan gatal dan bengkak.

========================================

 

Cara Menanggalkan Kutu Babi – Episod Suhayb

Tak lama lepas tu pulak, Suhayb pulak kene gigit!

Lokasi gigitan juga di birai mata, tetapi kelopak mata bawah.

cara menanggalkan kutu babi

Tapi kali ni kutu tu kecik je, tak segemuk kutu di mata Syifaak.

Since dia kecik lagi, suami saya pun dengan lafaz bismillah, menarik kutu tu dengan jari. Saya jadi tukang pegang kaki dan tangan Suhayb.

Selepas beberapa percubaan Alhamdulillah berjaya cabut.

Tempat gigitan pun merah kejap je, pastu ok dah.

========================================

 

Cara Menanggalkan Kutu Babi – Episod Erin

Last sekali, pagi tadi, saya sendiri pulak yang digigit!

Kat bawah ni gambar dari Google, tapi saya bayangkan posisi kutu babi tu macam ni la terbenam kepala dia.

cara menanggalkan kutu babi

Waktu tu dalam bilik air tengah mandi, sedang bersabun tiba-tiba sakit di tepi pinggang bila disentuh.

Saya yang rabun ni nampaklah ada benda hitam kat situ, diusik sakit, nak cabut tak boleh.

Sudah! Mesti kutu babi ni!

Memang sakittt sangat. Adoi macam mana nak buat? Dalam keadaan panik memang tak terfikir pun pasal benda lain…

Terus teringat cara menanggalkan kutu babi yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan.

========================================

 

Basic H

Nasib baiklah dalam bilik air tu ada Basic H. Ambil basic H dan titis 2 titik di atas kutu babi. Tenyeh-tenyeh sikit kutu babi tu bagi dia pening.

cara menanggalkan kutu babiLepas tu, alhamdulillah cengkaman kutu babi pun berkurangan dan saya dapat cabut menggunakan jari dengan mudah.

Ada bekas merah sikit dan pedih, macam secebis kulit yang tersayat bersama-sama dengan kutu babi tu. Tapi tak sakit sangat laa.

Hopefully lepas ni ok.

Basic H ni dikatakan amat dibenci oleh serangga sebab dia ada bau. Bau tu serangga je yg tak suka. Hehe

Saya pun pernah guna Basic H kat rambut anak sebagai alternatif masa syampu kutu dah habis. Pun semua kutu dengan cucu cicit datuk moyang kutu keluar. Memang efektif 🙂

Basic H pun memang bagus untuk cuci semua benda dalam rumah.

cara menanggalkan kutu babi

Lantai, tandas, dinding, periuk, sinki, kasut sekolah etc

Darah, tanah, muntah, lumpur insyaallah semua hilang. Memang best dan mudah 🙂

cara menanggalkan kutu babi

Teringin nak mencuba Basic H?

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Cara menanggalkan kutu babi yang durjana

  1. fuhh macam cerita pasal kutu babi dalam 1 famili je, saye n famili memang takde pengalaman dengan kutu babi, tak taula camne kalo kene gigit…

    tapi basic H memang hero, macam-macam die boleh buat memang penyelamat keluarga..hihi..
    huda recently posted…Harga Runtuh ESP ShakleeMy Profile

  2. baru je kena.. sakit.. ingatkan cuma kesan luka kt badan.. 2 hari saya biar kutu tu melekat.. T.T.. skrg ada kesan lagi.. rasa kaki dia tertinggal.. mcm mana nak buat ?

Leave a Comment

CommentLuv badge