5 Kaedah Mengelakkan Sakit Uluran

uluran

Sakit Uluran boleh disebabkan oleh masalah kongenital ataupun akibat tekanan berlebihan kepada dinding abdomen yang lemah.

Sakit Uluran atau dikenali sebagai hernia adalah penyakit yang tiada kaitan dengan ANGIN.

Walaubagaimanapun, simptom-simptom pesakit uluran memang dikenalpasti sebagai mengalami masalah angin di sistem pencernaan iaitu bahagian perut, usus dan esofogus  – sakit, sebu, pedih, berangin, kembung, senak dan sebagainya.

Angin Pasang

Bagi orang lelaki yang mengalami sakit uluran yang hampir dengan testis, akan berlaku kebengkakan testis atau kantung skrotum.

Orang kita selalu gelar keadaan ini sebagai Angin Pasang.

Medu Angin

Untuk wantita, sakit uluran yang hampir dengan rahim akan meyebabkan rasa rahim bengkak/jatuh dan rasa kurang selesa atau senak.

Ia dinamakan Medu Angin terutama bagi penduduk Pantai Timur.

Uluran ialah USUS yang terkeluar

uluran

Kedua-dua kondisi ini adalah perkara yang sama. Simptom ini disebabkan oleh saluran USUS yang TERKELUAR daripada abdomen akibat dinding abdomen yang LEMAH.

Akibat bahagian usus yang terkeluar ini, perjalanan bahan buangan seperti najis, angin dan air adalah terhalang (obstructed). Maka ini adalah penyebab kepada rasa sakit dan bengkak pada bahagian abdomen atau celah kangkang pesakit hernia.

=================================

Kaedah Mengelakkan Sakit Uluran

Walaupun uluran kongenital tidak boleh dicegah, risiko berlakunya uluran ketika hidup dapat diminimumkan.

Matlamatnya adalah untuk mengelakkan peningkatan tekanan dalam perut yang boleh menekankan bahagian yang lemah di dinding abdomen.

  1. Mengekalkan berat badan yang sihat. Turunkan berat badan dengan set kurus
  2. Makan makanan yang sihat dan senaman secara rutin untuk meminimumkan risiko sembelit dan menimbulkan sakit perut. Amalkan kaedah melancarkan buang air besar
  3. Gunakan teknik mengangkat barang yang betul terutama apabila cuba mengangkat objek berat. Ini penting untuk diingat di tempat kerja, rumah, dan ketika bersukan.
  4. Berhenti merokok untuk mengurangkan batuk kuat dan kronik.
  5. Jika uluran semakin membesar, dapatkan rawatan perubatan untuk dinilai dan berpotensi dirawat sebelum ia menjadi terlalu besar.

========================================

Kurangkan Simptom dengan Set Uluran Shaklee

Sebelum bertindak dengan kaedah pembedahan dan cara rawatan uluran yang lain, adalah dinasihatkan sekiranya pesakit uluran dapat mengurangkan simptom seperti pedih ulu hati, bengkak testis/rahim dan angin dalam perut dengan mengamalkan set uluran Shaklee.

uluran medu angin pasang hernia

Set ini insyaallah boleh membantu:

  • Membaiki dan menguatkan dinding abdomen agar usus tidak terkeluar lagi
  • Melawaskan pembuangan air besar agar tidak memberikan tekanan kepada perut
  • Mengeluarkan angin yang berkumpul dalam perut
  • Meredakan radang dan bengkak akibat usus yang terkeluar

========================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Seluruh Malaysia
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

5 Cara Rawatan Uluran (Medu Angin atau Hernia)

uluran medu angin pasang hernia

Uluran atau angin pasang atau medu angin atau hernia?

Uluran (istilah medical: Hernia) atau penyakit angin pasang (bagi lelaki) atau medu angin (untuk wanita) adalah penyakit yang tiada kaitan langsung dengan angin. Ya, angin dalam perut, atau kantung testis telur membengkak adalah antara simptom penyakit hernia. Namun, faktor sebenar mengapa ia terjadi adalah lebih serius dari itu.

 uluran

Faktor penyakit Uluran

Penyebab utama penyakit ini ialah kawasan dinding abdomen yang lemah lalu menyebabkan USUS TERKELUAR melalui weak spot tersebut.

Faktor umum penyakit:

  1. Kecacatan kongenital – Dinding perut tidak terbentuk dengan betul semasa dalam rahim ibu
  2. Umur semakin lanjut
  3. Batuk kronik
  4. Kerosakan dinding abdomen akibat kecederaan atau pembedahan
  5. Keturunan dinding abdomen lemah

Penyebab penyakit uluran ialah dinding perut yang lemah

Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan terhadap tubuh dan mengakibatkan hernia:

  1. Kehamilan, tekanan rahim yang membesar kepada dinding abdomen
  2. Sembelit, najis mengeras memberi tekanan kepada dinding abdomen
  3. Mengangkat barang berat dengan postur tidak ergonomik
  4. Pengumpulan cecair di dalam perut, atau ascitites
  5. Peningkatan berat badan mendadak
  6. Bekas pembedahan
  7. Batuk berterusan atau bersin yang kuat

5 Cara Rawatan Uluran

Rawatan adalah bergantung kepada saiz hernia dan keparahan simptom uluran yang anda hadapi.  Sekiranya tidak terlalu besar atau serius, adalah baik jika boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan berkala agar doktor anda boleh memantau komplikasi yang mungkin berlaku.

Jangan memandai-mandai melakukan rawatan yang SALAH untuk uluran untuk elak simptom menjadi lebih serius.

Rawatan Pertama – Pembedahan Laparoskopik

Andaikata usus yang terkeluar itu terlalu besar dan mengakibatkan simptom sistem percernaan yang berisiko tinggi, doktor akan menasihatkan untuk menjalankan pembedahan laparoscopy iaitu pembedahan melalui 3 lubang: 1 lubang kamera, 1 lubang pemegang dan 1 lubang pemotong.


pembedahan uluran pembedahan uluran laparoscopic

==========================================

Rawatan Kedua – Prosedur menolak masuk usus

Doktor juga boleh menasihati sekiranya prosedur penolakan masuk usus boleh dijalankan atau tidak berdasarkan MRI scan yang ada.

Kaedah ini tidak invasive kerana tidak perlu anasthetic mahupun berada di dalam bilik bedah.

Sebelum prosedur

Selepas prosedur

 

============================================

Rawatan Ketiga – Ubah gaya hidup

  • Untuk mereka yang terkena uluran akibat batuk kronik, di nasihatkan untuk berhenti merokok untuk mengurangkan risiko batuk kronik yang akan memburukkan keadaan.
  • Sekiranya ada masalah hidung sensitif atau resdung, penting untuk meningkatkan imuniti tubuh supaya kurang bersin dengan kuat.
  • Sekiranya lapisan abdomen lemah akibat berat badan berlebihan, pentingnya untuk turunkan berat badan dengan mengamalkan senaman dan pemakanan yang seimbang agar risiko uluran dapat dikurangkan.

 

===========================================

Rawatan Keempat – ubah pemakanan

  • Kurangkan makan masakan pedas dan masam
  • Kurangkan makanan mentah atau separuh masak seperti sushi dan sashimi serta pastikan makanan adalah masak sepenuhnya supaya masalah penghadaman dapat dikurangkan.
  • Minum air kosong lebih dan makan serat untuk elak sembelit dan melawaskan buang air besar

 

=========================================

Rawatan Kelima – legakan simptom dengan produk Shaklee

Antara simptom uluran:

  • Testis membengkak
  • Sakit dan senak perut
  • Sembelit
  • Perut membuncit
  • Angin
  • Rahim ‘jatuh/ kembang’

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Seluruh Malaysia
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Kempen Kesihatan #Superstars Shaklee: Beli Insurans atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting?

beli insurans

Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Terima kasih di ucapkan kepada Team Besar Kami Superstars Shaklee kerana menganjurkan kempen kesedaran jaga kesihatan. Terima kasih kepada Aada Ummi Awesome Pengedar Shaklee Penang sebab tag saya untuk mengulas tentang tajuk cabaran ini.

beli insurans

So, here it goes 🙂

Kalau kat timeline FB saya, memang ramai geng-geng penjual takaful ni selalu menulis tentang kepentingan beli insurans takaful, sama ada untuk tujuan perlindungan kemalangan mahupun untuk kad medical.

Spesifik tentang kad medical, ia digunakan oleh pemegang polisi untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar tanpa membayar penuh kos perubatan tersebut. Ini kerana kos tersebut telah di cover oleh pencarum-pencarum dalam program takaful tersebut.

Bagi saya, konsep ini amat menguntungkan terutama untuk mereka yang ‘tiba-tiba’ memerlukan rawatan rumit dan berkos tinggi. Mengapa saya kata tiba-tiba? Ini kerana sebelum berjaya menjadi pemegang polisi, kita hendaklah di sahkan sihat daripada sebarang penyakit oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

Syarikat takaful tidak akan meluluskan permohonan untuk orang yang sudah ada penyakit atau existing health condition.

Orang yang sakit tidak layak memohon polisi kesihatan dan beli insurans

beli insurans

Realiti yang sangat menyakitkan, ouch!

Jika hendak beli sekalipun, tidak boleh atas nama sendiri tetapi atas nama isteri, anak-anak atau mak ayah.

Diri sendiri yang sedang  merana sakit, tiada syarikat takaful pun sudi layan jika pun anda nak bayar ribuan ringgit premium sebulan.

Lagi satu, pengalaman saya sendiri di mana ketika anak ke-4 saya Emirah As Saff  disahkan ada penyakit Billiary Atresia iaitu sejenis birth defect berkenaan hati/ liver. Tiada satu pun syarikat takaful yang mahu wang saya untuk membiayai insuran takaful perubatan dia 🙁

Apa alternatif yang ada untuk orang yang sedia ada berpenyakit?

Tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan oleh orang yang sedia ada keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

beli insurans

Beberapa cadangan yang saya boleh fikirkan logik:

  1. Wujudkan tabung kesihatan sendiri

    Di pejabat saya ada seorang senior manager yang pemikirannya agak berhaluan kiri berkenaan insurans. Beliau rasa tidak puas hati dengan program insurans dan takaful di mana setiap bulan pencarum membayar sejumlah wang tetapi agen takaful kelihatan bergembira melancong ke luar negara kerana mencapai angka sales tertentu.

    Ya jika difikirkan logic juga statement beliau tu (tiba-tiba saya pun turut rasa tidak puash hati huhu). Sebagai backup, beliau memang memperuntukan sebahagian gaji bulanan untuk disimpann sebagai ‘insurans’ sekiranya apa2 berlaku kepada dirinya atau ahli keluarganya.  Tidak membayar premium beli insurans tidak bermaksud kita lupakan terus untuk jaga kesihatan dan menyimpan demi tabung kesihatan diri kita dan keluarga.

  2. Kahwini pasangan yang kayabeli insurans

    Oh well, jalan penyelesaian yang mudah tetapi tidak begitu mudah. Haha. Pasangan yang kaya mahu ke kepada diri kita yang sudah ada penyakit ni? hmm hmm kecuali dirinya juga senasib dengan kita maka tahap empati itu lebih lah. Harapnya pasangan kita tu loaded lah untuk biayai perbelanjaan kesihatan dan perubatan kita apabilla tiba masanya.. takut dia makin tinggalkan kita pula huhuuuu

  3. Kerja dalam syarikat yang menyediakan medical benefits

    Banyak syarikat  yang  menyediakan medical benefits full coverage kepada pekerja dan kadang kala kepada ahli keluarga. Ada yang unlimited, bermakna syarikat akan membayar penuh segala kos perubatan yang kta perlukan. Ada juga pakej medical benefit yang mempunyai limit atau nilai siling tahunan, contohnya RM10k atau RM40k setahun. Jadi andai penyakit kita itu komitmen tahunan tidak melebihi nilai siling, Alhamdulillah selamat… tetapi kalau dah  kena penyakit kronik contohnya kanser di mana perbelanjaan perubatan sekali chemotherapy sudah melebih RM20k.. hmm bagaimana pula tu ya…

  4. Laburkan wang pada supplement berkualitibeli insurans

    Supplement bukan ubat, dan ubat bukan supplement. Supplement yang berkualiti dan terbukti berkesan dengan adanya  Landmark Study atau kajian penggunaan selamat dalam jangkamasa panjang adalah yang terbaik diambil untuk meningkatkan kualiti hidup orang yang sudah ada pre-health condition. Usahlah bazir duit beli supplement yang entah hapa2 dan buat claim yang melambung tinggi. Pastikan supplement yang  anda  ambil itu ada kajian klinikal dan sudah diuji berkesan, bukan sekadar testimoni-testimoni pengguna sahaja. Contoh seperti produk Shaklee, banyak kajian telah  dijalankan atas kesan produk kepada orang-orang yang sudah ada health condition, Alhamdulillah banyak membantu mereka untuk natural dan self-healing. Mana tahu ada rezeki terus sembuh dari penyakit itu kan 🙂 Produk Shaklee feveret saya ialah Vivix Shaklee. Boleh baca link ini untuk explore apa kebaikan Shaklee  Vivix 🙂

  5. Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat

    Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Tidur dan rehat yang mencukupi. Jauhi stress dan bahan-bahan kimia beracun. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta follow petua-petua orang lama yang menjadi rahsia  kesihatan dan awet muda mereka 🙂 Contohnya untuk mengubati kencing manis secara tradisional, orang dulu kala akan amalkan pemakanan peria katak dan sayur-sayuran yang pahit-pahit sebagai ubat. Kesannya mungkin tidak ketara dan lebih kepada kaedah prevention, namun tidak salah untuk mencubanya 🙂

Jadi, konslusinya Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Untuk orang yang sihat, sila beli isnurans dan jaga kesihatan. Untuk orang yang dah ada penyakit, anda tiada pilihan, wajib jaga kesihatan sampailah doktor sahkan anda layak untuk beli insurans (ini untuk lifestyle illness sahaja ya seperti diabetis, hypertension dll, yang sudah permanent damage sudah tak boleh nak buat apa la 🙁 )

OK cukup disitu  ulasan saya berkenaan tajuk Beli Insuran vs Jaga Kesihatan. Jadi jika ikut peraturan game ni saya kene tag sesorang hehehe…

Oleh yang demikian, sukacita saya nak tag Yanti Pengedar Shaklee Cheras untuk mengulas tentang tajuk ni pula.. hehe good luck my dear you gonna need it 😉

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Pati Resveratrol -Penemuan Sains Cara Sembuhkan Kencing Manis

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Cara Sembuhkan Kencing Manis Menggunakan Pati Resveratrol

Lama juga saya research dan cari pelbagai scientific journal tentang Resveratrol. Katanya sebab ia adalah salah satu cara sembuhkan kencing manis atau diabetis secara tepat dan berkesan.

Resveratrol ni sebenarnya adalah salah satu jenis polyphenol iaitu bahan aktif yang terdapat pada kulit tumbuhan, contohnya Anggur, untuk melindungi dirinya daripada serangan penyakit dan kulat.

Dalam aplikasi perubatan, Resveratrol adalah sejenis super antioksidan yang boleh membantu membaiki sel tubuh badan manusia yang rosak dan yang mempunyai ketumbuhan yang abnormal.

Untuk pesakit kencing manis, kerosakan pankreas iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan insulin (hormon yang membantu menukarkan gula kepada tenaga), mengakibatkan kandungan gula dalam darah pesakit diabetis adalah sangat tinggi dan membahayakan!

Jadi, seharusnya nutrient Resveratrol ni mestilah berupaya untuk membaiki sel dalam organ pankreas supaya ia  kembali normal dan mampu menghasilkan hormon insulin secara semulajadi.

Alhamdulillah, Syukur Saya Jumpa!

Sujud syukur kepada Allah, sebab semua kajian dan journal perubatan yang saya jumpa memberikan gambaran positif terhadap kesan pengambilan Pati Resveratrol terhadap pesakit-pesakit kencing manis 🙂

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Contohnya Kajian oleh 2 orang saintis T. Szkudelski & K Szkudelska (2011) terhadap journal-journal terdahulu berkenaan Resveratrol dan diabetis membuktikan bahawa Pati Resveratrol dengan sendirinya, atau digunakan bersama-sama ubat-ubat kencing manis sedia ada, boleh membantu meningkatkan tindakbalas hormon insulin daripada pankreas terhadap glukos.

Maksudnya, ubat kencing manis tu wajib di ambil juga ya, jangan mengelat! Pati Resveratrol boleh membantu Insyaallah 🙂

Pati Resveratrol Boleh Membantu Pesakit Kencing Manis Veteran (umur 69 – 75 tahun)

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Ada satu Kajian pada tahun 2011 yang telah dijalankan ke atas 10 orang pesakit kencing manis berusia 69 hingga 75 tahun.

Para saintis ini mendapati, penggunaan 1-2 gram pati Resveratrol sehari boleh meningkatkan sensitivity insulin terhadap glukos dalam darah.

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis Ini pula adalah Kajian yang telah di lakukan oleh 13 orang saintis dari Hungary, pergh ramai tu.. punyalah banyak manpower diperlukan untuk mengkaji kes ini

Mereka ini semua adalah saintis dan doktor dari Department of Internal Medicine and Nephrological Center, Faculty of Medicine, University of Pe´cs, Pacsirta Street 1, Hungary.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa Pati Resveratrol meningkatkan keupayaan pankreas untuk mengesan kehadiran gula dalam darah.

Di mana Nak Cari Pati Resveratrol?

Bila dah tahu tentang kebaikan Resveratrol dalam cara sembuhkan kencing manis, mestilah nak tahu mana nak dapatkan pati ni kan?

Setahu saya, tiada Pati Resveratrol yang dijual dalam pasaran Malaysia dan Indonesia kecuali Vivix Shaklee

Nanti bacalah posting tentang Vivix Shaklee ya. Mana tahu boleh selesaikan masalah yang tuan/puan sedang alami 🙂

===================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel Cara Sembuhkan Kencing Manis di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013

Untuk Whatsapp klik link ni ==> www.wasap.my/60139820013/Pati%20Resveratrol
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

5 Resepi Peria Katak Untuk Kencing Manis Yang Terkawal

peria katak untuk kencing manis

Bagaimana cara pengambilan Peria Katak Untuk Kencing Manis Yang Terkawal?

Terkenal sebagai petua turun temurun, orang-orang kita zaman dulu selalu gunakan makanan yang pahit-pahit seperti peria katak untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Dalam hal ini, mereka gunakan peria katak untuk kencing manis atau diabetis.

Namun peria katak jika di makan begitu sahaja seperti ulam amatlah uwekk!! pahit nya ya ampunnn tak tahulah sanggup atau tidak lidah dan tekak anda menahannya 🙁

peria katak untuk kencing manis

Cara hilangkan rasa pahit peria katak

Ada 2 cara yang biasanya saya gunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahit daripada peria katak. Cara yang paling mudah ialah selepas memotong peria katak kepada saiz yang kita suka, rendamkan kepingan peria katak dalam air sejuk selama sejam.

Dengan cara ini ‘jus’ kepahitan peria kata akan mengalir keluar ke dalam air sejuk tersebut.

Salah satu cara yang saya rasa lebih berkesan ialah memotong peria katak kepada kepingan yang nipis-nipis. Kemudian rebuskan kepingan peria katak dalam air garam sehingga mendidih selama 15 minit.

Insyaallah rasa pahit itu akan hilang serta merta 🙂

Resepi peria katak yang lazat

OK selepas rasa pahit tu dah berkurangan, boleh lah kita aplikasikan resepi-resepi di bawah supaya khasiat peria katak ini boleh membantu  mengawal kadar gula dalam darah.

Tetapi harus diingat bahawa semakin pahit peria itu, semakin mujarab penawar  penyakitnya.. jadi kalau dimasak pahit tu lebih bagus la sebenarnya 🙂 Peria katak untuk kencing manis lebih berkesan jika dimakan pahit

Resepi 1 – Jus Peria Katak campur Epal

Bahan-bahan (untuk 2 cawan):

2 biji peria katak segar

2 biji epal hijau

1 gelas air

Secubit garam, secukup rasa

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potong dadu dan buangkan biji peria katak. Rendamkan dalam air sejuk untuk kurangkan rasa pahit. Potong epal hijau kepada kepingan memanjang. Hidupkan mesin juicer atau boleh gunakan blender dan kisarkan potongan peria katak bersama epal dan air. Apabila kisaran menjadi halus, tapiskan jus peria katak dan epal menggunakan penapis. Taburkan sedikit garam dalam cawan, kacau dan minun pada waktu malam sebelum tidur.

Resepi 2 – Peria Katak Goreng Garing

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

1 cawan tepung serbaguna

Garam secukup rasa

2 cawan minyak masak

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan nipis-nipis. Rebus dalam air garam selama 10 minit dan toskan lebihan air. Taburkan tepung serbaguna kepada kepingan peria katak dan aduk rata. Panaskan minyak masak pada api sederhana. Jatuhkan kepingan peria satu persatu agar tidak melekat di dalam kuali. Angkat dan toskan minyak apabila menjadi garing keperangan.

Resepi 3 – Peria Katak Masak Sambal

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

3 sudu kisaran bawang besar & bawang putih

5 sudu cili kering kisar

10 ekor ikan bilis putih

1 sudu pati asam jawa Adabi

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa (jangan banyak sangat ya, kata kencing manis >_<)

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang sehingga wangi dan masukkan cili kering kisar serta gula. Tumiskan sehingga naik aroma dan cili mendidih mata ular. Masukkan air  sedikit supaya berkuah. Masukkan ikan bilis dan potongan peria katak. Gaulkan bersama sambal sehingga layu dan kemudian masukkan pati asam jawa. Tutup api selepas mendidih dan taburkan garam. Gaul rata.

Resepi 4 – Peria Katak Goreng Telur

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

3 sudu kisaran bawang besar & bawang putih

2 biji telur, dipukul

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang sehingga wangi dan masukkan potongan peria. Tumiskan sehingga peria layu. Masukkan telur, gaul dalam kuali dan gorengkan sehingga telur masak. Tutup api dan taburkan garam. Gaul rata.

Resepi 5 – Peria Katak Masak Lemak Udang

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

4 sudu kisaran bawang besar, bawang putih dan cili padi

1 sudu serbuk kunyit

1 batang serai, diketuk

10 ekor udang saiz besar/sederhana

1 cawan santan kelapa

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang dan cili padi serta batang serai sehingga wangi. Masukkan udang dan serbuk kunyit serta gaulkan sehingga udang bertukar warna menjadi pink. Masukkan peria, santan dan didihkan. Tutup api dan taburkan garam. Gaul rata.

============================

Selain mengamalkan memakan peria katak untuk kencing manis yang terkawal, wajar juga sesiapa yang sedang mencari penawar kencing manis untuk mengetahui berkenaan Resveratrol:

  1. Sejenis bahan aktif daripada kulit anggur Muscadine
  2. Berfungsi untuk membaiki sel organ Pankreas yang rosak
  3. Pankreas yang rosak gagal mengeluarkan hormon insulin
  4. Ketiadaan hormon insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga akan menyebabkan paras gula semakin tinggi
  5. Pankreas yang normal dan sihat dapat mengeluarkan hormon insulin secara semulajadi dan menurunkan paras gula dalam darah.

Untuk baca berkenaan Resveratrol, baca entry Pati Resveratrol untuk maklumat lanjut.

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel peria katak untuk kencing manis di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013-9820013

Whatsapp klik sini ==> http://www.wasap.my/60139820013/KencingManis.

COD & Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

 

Pengedar Shaklee Miri dan Brunei – COD & Self Pickup

pengedar-shaklee-miri-brunei

Pengedar Shaklee Miri Brunei

Mila 019-981 9196

COD di seluruh kawasan Miri, Brunei dan sekitarnya

pengedar-shaklee-miri-brunei

 

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

15 Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee

Cara Bayar Hutang PTPTN

Sedang cari info tentang Cara Bayar Hutang PTPTN? Meh akak cerita sikit…

Zaman akak mula masuk belajar dulu tahun 2000, PTPTN ada cuba nak beri akak pinjamam deorang. Masa tu yuran pengajian UTP ialah RM20 ribu setahun termasuk elaun makan minum dan buku. Jumlah tahun pengajian ialah 5 tahun, jadinya kelak sebelum kerja mak aihh sudah ada hutang  PTPTN RM100 ribu! 😱😱😱

Kawan-kawan yang dapat masuk IPTA mungkin untung sikit sebab yuran tak berapa mahal…

Tetapi waktu tu, akak dan kawan-kawan terlalu mentah. Umur 18 tahun, what do you expect? (Ada yang belum pun 18th birthday sebab baru lepas SPM). Memang tak faham apa pun pasal hutang-hutang ni, compounding interest bagai. So ramai yang blur2 katak main sign je la agreement PTPTN tu.

Nasib akak dan beberapa kawan akak baik sikit, PETRONAS offer scholarship. Alhamdulillah, selamat. Yang lain-lain, sudah pun dibelenggu dek hutang PTPTN selama 20 tahun, nak buat camne. Nak sambung belajar punya pasal… sampai sekarang deorg masih lagi cari cara bayar hutang PTPTN yang tak sudah-sudah habisnya 🙁

Tapi takpelah. Kepada adik-adik di luar sana yang nak tahu cara bayar hutang PTPTN, akak nak share 15 sebab bagaimana bisnes online Shaklee boleh bantu anda langsaikan hutang PTPTN

1.Modal rendah

Modal yang terlalu ciput kalau nak banding dengan bisnes lain yang perlu modal tinggi dan wajib ambil stok beribu-ribu unit. Yuran Shaklee hanya RM69 seumur hidup (postage semenanjung RM10.60, Sabah Sarawak RM22). Ambil stok ikut suka hati la. Tak mau pun takpe 😃😃

2.Risiko rendah

Yuran RM69 cepat sangat balik modal. Kalau ambil stok, risiko hampir takde, sebab barang boleh di makan. Bukan jenis yang tak laku, kau menangis sorang-sorang sebab stok kumpul habuk bawah katil.

3.Tidak perlu kedai

Bisnes boleh dijalankan secara maya. Kedai fizikal tak perlu. Kedai-kedai online seperti blog, FB page dan Instagram amat di alu-alukan. Tak reti? Takpe! Kami akan guide cara terbaik untuk setup dan gunakan platform-platform ini sampai pandai. So jangan risau ok 😃

4.Tidak perlu simpan stok

Boleh buat style dropship. Kita promosi, prospek tanya, kita consult, customer bank in, kita suruh Shaklee hantar direct kepada customer. Senang kan?

5.Kos pengiklanan murah

Tak perlu buat billboard atau masuk iklan di radio, TV atau surat khabar yang menelan belanja puluhan ribu. Rugi je! Paling kuat pun keluar RM50 je kalau nak beli flyers atau buat FB ads.

6.Tidak perlu masa yang lama untuk setup bisnes online

Semua sekarang terlalu cepat, klik klik swipe swipe di hujung jari je dan boleh setup online bisnes.

7. Mudah

Sekarang pun semua terlalu mudah. Guide akan diberikan, tinggal ikut tak ikut je. Kelas disediakan, tinggal pergi tak pergi je. Nota akan diberikan, tinggal baca tak baca je. Ubat malas sahaja tak disediakan 😜😜

Cara Bayar Hutang PTPTN

8.Murah

Produk Shaklee ni murah dan mampu milik. Jimat. Contoh Vitamin C Shaklee harganya RM98 (retail) tetapi dalam nya ada 180 biji. Boleh makan sampai 6 bulan you 😃

9.Banyak pilihan

Produk pun ada macam-macam dan pelbagai pilihan. Dari produk vitamin, skincare, water filter, pencucian rumah, penjagaan rambut, weight management dan macam-macam lagi.

10.Boleh dilakukan di mana-mana sahaja

Dalam bas. Tengah tunggu LRT. Di Pulau Pangkor. Semasa berholiday di Cameron Highlands mahupun Chiangmai. Beritahu sahaja asalkan tempat ada line wifi atau internet, bisnes online tetap berjalan.

11.Potensi pelanggan melampaui sempadan negara dan masa

Customer yang boleh dicapai bukan sahaja di Malaysia, tetapi potensi produk Shaklee di cari oleh customer dari negara jiran seperti Brunei, Singapore, Thailand, Dubai, UK, Australia dan banyak lagi negara yang masa mereka berlainan dengan kita. Untung sangat tu 😃

12.Tidak terikat dengan masa kerja

Andai dibuat secara part time, bisnes online tak menggangu waktu pejabat sebab boleh dijalankan on the way nak pergi kerja, waktu lunch hour dan waktu malam.

13.Fleksibel

Bisnes online memang unik. Tengah tunggu LRT pun boleh jawab soalan customer. Sebelum tidur boleh up iklan. Bangun tidur boleh order barang. Dalam 24 jam tu pilihlah waktu paling convenient untuk anda luangkan kepada bisnes.
14.Boleh bersaing dengan syarikat besar

Syarikat farmaseutikal yang lain berbelanja berjuta-juta ringgit untuk memberikan pendedahan dan maklumat tentang produk mereka. Produk Shaklee sudah berada di dunia selama 100 tahun dan hanya menggunakan tenaga daripada pengedarnya untuk pemasaran.

15.Hampir tidak memerlukan pekerja

Bermula dari rumah dan tak perlu team untuk dijalankan. R&D, product development, pengurusan stok dan penghantaran dijalankan oleh Shaklee HQ.

========

Jom daftar ahli Shaklee andai adik-adik dah tak sabar nak bermula.

Cara Bayar Hutang PTPTN

Akak akan guide Cara Bayar Hutang PTPTN sampai jadi okay 💪💪💪

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan Cara Bayar Hutang PTPTN :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

 BELI SHAKLEE ONLINE

5 Kelas Tips Dan Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

cara buat bisnes online

Setakat ini, cara buat bisnes online Shaklee yang saya jalankan adalah 90% online di mana banyak perkara teknikal dan ilmu pemasaran penting yang perlu saya kuasai untuk membanyakkan jualan dan anak-anak bisnes.

Ada beberapa kelas yang saya pernah hadiri yang banyak membincangkan tentang cara buat bisnes online. Saya kongsikan senarai beberapa kelas yang saya rasa tak rugi saya datang dari kejauhan Terengganu ke KL untuk belajar perkara-perkara crucial yang membolehkan saya segera apply dan kuasai market segment:

1) Kelas cara buat bisnes online pertama – Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee

Memang buat bisnes online ni kebanyakkannya teknikal dan taktikal namun sangatlah rugi sekiranya kita tak belajar bagaimana mendapatkan mentaliti seorang usahawan berjaya dan jutawan kaya.

Mengapa? Sebab minda kita ni umpama magnet, apa yang minda kita fikirkan akan kita tarik ke dalam hidup kita. Andai kita ada mentaliti seorang usahawan dan jutawan, insyaallah rezeki bagai usahawan jutawan itu akan datang kepada kita.

Kelas-kelas yang saya hadiri banyak membincangkan rahsia dan tips bagaimana surirumah yang biasa-biasa sahaja boleh jadi jutawan dari Bisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online.

cara buat bisnes online

2) Kelas cara buat bisnes online kedua –  Strategi Blog 7 Angka

Dalam kelas ni, saya banyak belajar teknik dan taktik bagaimana nak bina sebuah blog yang kuat dan menguasai hasil carian Google page pertama. Orang kata bina sekali, makan sampai mati.

Blog yang kita bina tu akan diusahakan sehingga menjadi medium dan channel jualan masuk setiap hari umpama sungai yang sentiasa mengalirkan air dan umpama pokok yang lebat berbuah sampai bertahun-tahun dan sampai bila-bila. Best ke best? 😻😻😻

cara buat bisnes online
3) Kelas cara buat bisnes online ketiga – Teknik Close Sales Power

Kalau dulu masa mula-mula buat bisnes, ramai prospek yang call merayu nak beli barang tapi last-last tak jadi beli. Semua ni sebab saya tak reti teknik close sales. Prospek dah depan mata tapi tak berjaya yakinkan dia untuk beri duit kepada kita.. wuu sedih woo

Jadi saya pergi ke kelas bagaimana nak close sale dengan berkesan menggunakan teknik panggilan magic yang diadun dengan elemen lampu ajaib. Alhamdulillah syukur, lepas saya balik dari kelas-kelas ni, closing rate saya dari 10% naik kepada 70%

4)  Kelas cara buat bisnes online keempat –  Teknik FB 6 Angka.

Dalam dunia online, Facebook Marketing masih lagi relevant dan berkesan sekiranya teknik yang betul digunakan. Saya telah belajar cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online yang berilmu dan berauthoriti untuk menjalankan bisnes online dengan berkesan tanpa mengeluarkan modal untuk pemasaran / marketing.

5) Kelas cara buat bisnes online kelima – Belajar Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing) yang dijemput khas oleh mentor untuk team SuperStarShaklee

Banyak kelas yang saya hadiri juga di kelolakan oleh internet marketer (IM) Malaysia yang bagus dan hebat. Antaranya kelas dengan Tuan Amirul, Tuan Iftitah Penulis Tanpa Nama, Tuan Faisal Abdullah Nasihat Niaga, Tuan Aqif Azizan Write to Wealth, Tuan Hasbul Aqil Majalah Niaga, Tuan Bukhari Ramli BRC.my dan ramai lagi.

Selain ada ilmu yang mantap berkenaan pemasaran online, mereka juga sering memberi insight cara menentukan jenis prospek, market segment, niche dan banyak lagi hal berkaitan pemasaran secara umum dan khusus. Highly recommended 👍👍👍

cara buat bisnes online
Berminat nak tahu cara buat bisnes online Shaklee dengan kami?

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

 BELI SHAKLEE ONLINE

12 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee

beli insurans

Sedang cari info berkenaan Daftar Ahli Shaklee?

Kalau ikut database dan statistik daripada Shaklee Malaysia pada tahun 2014, senarai ahli Shaklee berdaftar di Malaysia ialah seramai 2 juta orang. Tetapi ketahuilah, terlalu ramai ahli Shaklee di luar sana hanya menjadi ahli untuk dapatkan diskaun dan makan sendiri.

Jadi sebaiknya anda pilih kumpulan yang terbaik untuk Daftar Ahli Shaklee supaya anda tidak rugi membeli dan mendapat bimbingan sepenuhnya apabila mendapatkan produk.

Apakah kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee dari saya dan group Superstar Shaklee?

1) Kami ada 20 tahun pengalaman makan produk shaklee dan telah merasai kesan baik dan positif sepanjang tempoh 20 tahun tu alhamdulillah

2) Kami ada pengalaman sekeluarga makan Produk Shaklee selama 20 tahun, dari umur baby sampai warga tua, dari sebelum pregnant, semasa pregnant, bersalin, berpantang dan menyusukan baby, sakit kronik, sakit viral dan juga untuk penjagaan kesihatan

daftar ahli shaklee

3) Kami ada kemudahan untuk berjumpa dan merujuk dengan pakar pemakanan Shaklee atau Nutritionist, di mana semua customer kami boleh bertanya direct tanpa perlu protokol yang memakan masa

4) Kami ada informasi yang tepat dan betul hasil latihan dengan nutritionist Shaklee melalui Bengkel Nutrisi Shaklee dan Nutrition Train the Trainer (TTT) dan bukan sekadar informasi copy paste dari blog pengedar Shaklee lain

daftar ahli shaklee
5) Kami boleh COD (cash on delivery) di kawasan-kawasan ini kerana kami punya ready stok untuk semua jenis produk Shaklee insyaallah – Kemaman, Kuala Terengganu, Kerteh, Paka, Dungun, Setiawangsa, Ampang, Melaka, KLCC, Johor Bahru, Pontian, Kulai, Pekan Nenas, Kota Bharu, Temerloh, Mentakab, Chenor, Miri, Brunei dan lain2

6) Kami boleh poslaju dan courier produk Shaklee ke seluruh Malaysia sabah dan sarawak, dan ada pengalaman poslaju ke luar negara juga

7) Team kami aktif dan fresh dengan informasi tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee juga, sangat sesuai untuk yang nak daftar ahli Shaklee untuk makan sendiri dan juga untuk yang nak daftar ahli Shaklee untuk buat Bisnes Shaklee Online atau Offline

daftar ahli shaklee
8) Dalam team ada pakar penyusuan bertauliah yang berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu sejak tahun 2007.

9) Dalam team ada pakar kehamilan dan bersalin untuk ibu-ibu yang nak gunakan Set Bersalin Shaklee rujuk panduan bersalin seperti panduan bersalin ibu pertama kali berpantang, panduan berpantang sendiri, menu-menu dan masakan berpantang sihat, dan banyak lagi

10) Dalam team ada pakar DETOX yang berpengalaman dalam isu detox seluruh badan dari organ, heavy metals, sel dan DNA

11) Dalam team kami juga ada pakar BERHENTI MEROKOK dimana panduan dan bimbingan akan diberi dengan lengkap kepada prospek yang mahu tinggalkan habit yang tidak sihat dan membazir duit itu

12) Dalam team kami ada pakar NAIKKAN BERAT BADAN dan telah berjaya membantu ramai orang yang terlalu kurus kering bertukar kepada abang sado dan awek cun voluptuos

daftar ahli shaklee
Berminat nak Daftar Ahli Shaklee dengan kami?

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan cara daftar ahli Shaklee :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

 BELI SHAKLEE ONLINE

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan Dan Selamat

Asyik sembang tentang Produk Shaklee jer… so apakata kita sembang BIOLOGI pulak petang ni 🐀🐣🐐🐏🐘🐒

Setiap makhluk yang hidup bermula denga  atom dan molekul DNA yang membentuk sebiji sel.

Sel2 yang bergabung akan membentuk tisu, yang bila bergabung akan membentuk organ.

Organ ni termasuklah jantung, otot, peparu, ginjal, mata, otak dan lain2.

Apabila organ yang sejenis bergabung, dia akan membentuk sistem, contoh sistem pencernaan yang terhasil daripada gabungan organ esofogus, perut, deodenum, hati, usus, pankreas dan lain-lain lagi.

Sistem2 yang bergabung akan membentuk seorang manusia sempurna ciptaan Ilahi.. gittew 😃


Eh, eh tiba2 pandai Biologi pulak hehehe

Padahal subjek biologi ni la paling saya tak sukai zaman dahulu
(Ceh kunun2 nak jadi doktor, sejak ambil biologi terus kansel, nak jadi engineer pulak hahaha)

Anyway

Pernah dengar tak orang2 melayu kata tentang “panjang umur”?

Panjang umur murah rezeki la lebih kurang gitu

Sebenarnya ‘panjang umur’ ni ada kaitan dengan kepanjangan penutup kromosom sel atau nama saintifik dia Telomere

Lebih panjang telomere seseorang, lebih panjang umur orang tu

Macam mana telomere jadi pendek?

Setiap kali sel badan kita multiply, semakin pendek telomere tersebut

Jadinya kalau betul2 nak panjang umur, kene make sure Telomere kita panjang sokmo lah 😃😃😃

Shaklee ada buat satu Landmark study untuk bezakan kepanjangan Telomere pemakan Produk Shaklee selama 5 tahun dengan orang bukan pemakan Produk Shaklee yang sihat dan tidak merokok

Result test ini ialah kepanjangan Telomere pemakan Produk Shaklee yang berusia 80 tahun sama dengan bukan pemakan Produk Shaklee yang berusia 41 tahun

Ternyata bukan sembang2 kosong yang Produk Shaklee sebenarnya amat berkesan dan selamat diambil sejak bertahun-tahun lamanya

Oh well saya sendiri makan Produk Shaklee bukanlah sebab nak panjang umur

Tapi kan kalau Allah bagi rezeki usia lebih untuk jaga keluarga istimewa saya sampai hujung usia

Saya nak la jadi makcik tua yang sihat, bukan menyusahkan anak beranak tak gittew 😉😉😉

Ps: nah tengoklah gambaq kromosom yang lawa tu hahaha… paham ke idokk?

Anda rasa Produk Shaklee best ke?

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel Lnadmark Study di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

 BELI SHAKLEE ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...