Kempen Kesihatan #Superstars Shaklee: Beli Insurans atau Jaga Kesihatan, Mana Yang Lebih Penting?

beli insurans

Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Terima kasih di ucapkan kepada Team Besar Kami Superstars Shaklee kerana menganjurkan kempen kesedaran jaga kesihatan. Terima kasih kepada Aada Ummi Awesome Pengedar Shaklee Penang sebab tag saya untuk mengulas tentang tajuk cabaran ini.

beli insurans

So, here it goes 🙂

Kalau kat timeline FB saya, memang ramai geng-geng penjual takaful ni selalu menulis tentang kepentingan beli insurans takaful, sama ada untuk tujuan perlindungan kemalangan mahupun untuk kad medical.

Spesifik tentang kad medical, ia digunakan oleh pemegang polisi untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar tanpa membayar penuh kos perubatan tersebut. Ini kerana kos tersebut telah di cover oleh pencarum-pencarum dalam program takaful tersebut.

Bagi saya, konsep ini amat menguntungkan terutama untuk mereka yang ‘tiba-tiba’ memerlukan rawatan rumit dan berkos tinggi. Mengapa saya kata tiba-tiba? Ini kerana sebelum berjaya menjadi pemegang polisi, kita hendaklah di sahkan sihat daripada sebarang penyakit oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

Syarikat takaful tidak akan meluluskan permohonan untuk orang yang sudah ada penyakit atau existing health condition.

Orang yang sakit tidak layak memohon polisi kesihatan dan beli insurans

beli insurans

Realiti yang sangat menyakitkan, ouch!

Jika hendak beli sekalipun, tidak boleh atas nama sendiri tetapi atas nama isteri, anak-anak atau mak ayah.

Diri sendiri yang sedang  merana sakit, tiada syarikat takaful pun sudi layan jika pun anda nak bayar ribuan ringgit premium sebulan.

Lagi satu, pengalaman saya sendiri di mana ketika anak ke-4 saya Emirah As Saff  disahkan ada penyakit Billiary Atresia iaitu sejenis birth defect berkenaan hati/ liver. Tiada satu pun syarikat takaful yang mahu wang saya untuk membiayai insuran takaful perubatan dia 🙁

Apa alternatif yang ada untuk orang yang sedia ada berpenyakit?

Tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan oleh orang yang sedia ada keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

beli insurans

Beberapa cadangan yang saya boleh fikirkan logik:

  1. Wujudkan tabung kesihatan sendiri

    Di pejabat saya ada seorang senior manager yang pemikirannya agak berhaluan kiri berkenaan insurans. Beliau rasa tidak puas hati dengan program insurans dan takaful di mana setiap bulan pencarum membayar sejumlah wang tetapi agen takaful kelihatan bergembira melancong ke luar negara kerana mencapai angka sales tertentu.

    Ya jika difikirkan logic juga statement beliau tu (tiba-tiba saya pun turut rasa tidak puash hati huhu). Sebagai backup, beliau memang memperuntukan sebahagian gaji bulanan untuk disimpann sebagai ‘insurans’ sekiranya apa2 berlaku kepada dirinya atau ahli keluarganya.  Tidak membayar premium beli insurans tidak bermaksud kita lupakan terus untuk jaga kesihatan dan menyimpan demi tabung kesihatan diri kita dan keluarga.

  2. Kahwini pasangan yang kayabeli insurans

    Oh well, jalan penyelesaian yang mudah tetapi tidak begitu mudah. Haha. Pasangan yang kaya mahu ke kepada diri kita yang sudah ada penyakit ni? hmm hmm kecuali dirinya juga senasib dengan kita maka tahap empati itu lebih lah. Harapnya pasangan kita tu loaded lah untuk biayai perbelanjaan kesihatan dan perubatan kita apabilla tiba masanya.. takut dia makin tinggalkan kita pula huhuuuu

  3. Kerja dalam syarikat yang menyediakan medical benefits

    Banyak syarikat  yang  menyediakan medical benefits full coverage kepada pekerja dan kadang kala kepada ahli keluarga. Ada yang unlimited, bermakna syarikat akan membayar penuh segala kos perubatan yang kta perlukan. Ada juga pakej medical benefit yang mempunyai limit atau nilai siling tahunan, contohnya RM10k atau RM40k setahun. Jadi andai penyakit kita itu komitmen tahunan tidak melebihi nilai siling, Alhamdulillah selamat… tetapi kalau dah  kena penyakit kronik contohnya kanser di mana perbelanjaan perubatan sekali chemotherapy sudah melebih RM20k.. hmm bagaimana pula tu ya…

  4. Laburkan wang pada supplement berkualitibeli insurans

    Supplement bukan ubat, dan ubat bukan supplement. Supplement yang berkualiti dan terbukti berkesan dengan adanya  Landmark Study atau kajian penggunaan selamat dalam jangkamasa panjang adalah yang terbaik diambil untuk meningkatkan kualiti hidup orang yang sudah ada pre-health condition. Usahlah bazir duit beli supplement yang entah hapa2 dan buat claim yang melambung tinggi. Pastikan supplement yang  anda  ambil itu ada kajian klinikal dan sudah diuji berkesan, bukan sekadar testimoni-testimoni pengguna sahaja. Contoh seperti produk Shaklee, banyak kajian telah  dijalankan atas kesan produk kepada orang-orang yang sudah ada health condition, Alhamdulillah banyak membantu mereka untuk natural dan self-healing. Mana tahu ada rezeki terus sembuh dari penyakit itu kan 🙂 Produk Shaklee feveret saya ialah Vivix Shaklee. Boleh baca link ini untuk explore apa kebaikan Shaklee  Vivix 🙂

  5. Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat

    Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Tidur dan rehat yang mencukupi. Jauhi stress dan bahan-bahan kimia beracun. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta follow petua-petua orang lama yang menjadi rahsia  kesihatan dan awet muda mereka 🙂 Contohnya untuk mengubati kencing manis secara tradisional, orang dulu kala akan amalkan pemakanan peria katak dan sayur-sayuran yang pahit-pahit sebagai ubat. Kesannya mungkin tidak ketara dan lebih kepada kaedah prevention, namun tidak salah untuk mencubanya 🙂

Jadi, konslusinya Beli Insurans atau Jaga Kesihatan?

Untuk orang yang sihat, sila beli isnurans dan jaga kesihatan. Untuk orang yang dah ada penyakit, anda tiada pilihan, wajib jaga kesihatan sampailah doktor sahkan anda layak untuk beli insurans (ini untuk lifestyle illness sahaja ya seperti diabetis, hypertension dll, yang sudah permanent damage sudah tak boleh nak buat apa la 🙁 )

OK cukup disitu  ulasan saya berkenaan tajuk Beli Insuran vs Jaga Kesihatan. Jadi jika ikut peraturan game ni saya kene tag sesorang hehehe…

Oleh yang demikian, sukacita saya nak tag Yanti Pengedar Shaklee Cheras untuk mengulas tentang tajuk ni pula.. hehe good luck my dear you gonna need it 😉

=====================================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

Pati Resveratrol -Penemuan Sains Cara Sembuhkan Kencing Manis

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Cara Sembuhkan Kencing Manis Menggunakan Pati Resveratrol

Lama juga saya research dan cari pelbagai scientific journal tentang Resveratrol. Katanya sebab ia adalah salah satu cara sembuhkan kencing manis atau diabetis secara tepat dan berkesan.

Resveratrol ni sebenarnya adalah salah satu jenis polyphenol iaitu bahan aktif yang terdapat pada kulit tumbuhan, contohnya Anggur, untuk melindungi dirinya daripada serangan penyakit dan kulat.

Dalam aplikasi perubatan, Resveratrol adalah sejenis super antioksidan yang boleh membantu membaiki sel tubuh badan manusia yang rosak dan yang mempunyai ketumbuhan yang abnormal.

Untuk pesakit kencing manis, kerosakan pankreas iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan insulin (hormon yang membantu menukarkan gula kepada tenaga), mengakibatkan kandungan gula dalam darah pesakit diabetis adalah sangat tinggi dan membahayakan!

Jadi, seharusnya nutrient Resveratrol ni mestilah berupaya untuk membaiki sel dalam organ pankreas supaya ia  kembali normal dan mampu menghasilkan hormon insulin secara semulajadi.

Alhamdulillah, Syukur Saya Jumpa!

Sujud syukur kepada Allah, sebab semua kajian dan journal perubatan yang saya jumpa memberikan gambaran positif terhadap kesan pengambilan Pati Resveratrol terhadap pesakit-pesakit kencing manis 🙂

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Contohnya Kajian oleh 2 orang saintis T. Szkudelski & K Szkudelska (2011) terhadap journal-journal terdahulu berkenaan Resveratrol dan diabetis membuktikan bahawa Pati Resveratrol dengan sendirinya, atau digunakan bersama-sama ubat-ubat kencing manis sedia ada, boleh membantu meningkatkan tindakbalas hormon insulin daripada pankreas terhadap glukos.

Maksudnya, ubat kencing manis tu wajib di ambil juga ya, jangan mengelat! Pati Resveratrol boleh membantu Insyaallah 🙂

Pati Resveratrol Boleh Membantu Pesakit Kencing Manis Veteran (umur 69 – 75 tahun)

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis

Ada satu Kajian pada tahun 2011 yang telah dijalankan ke atas 10 orang pesakit kencing manis berusia 69 hingga 75 tahun.

Para saintis ini mendapati, penggunaan 1-2 gram pati Resveratrol sehari boleh meningkatkan sensitivity insulin terhadap glukos dalam darah.

pati resveratrol cara sembuhkan kencing manis Ini pula adalah Kajian yang telah di lakukan oleh 13 orang saintis dari Hungary, pergh ramai tu.. punyalah banyak manpower diperlukan untuk mengkaji kes ini

Mereka ini semua adalah saintis dan doktor dari Department of Internal Medicine and Nephrological Center, Faculty of Medicine, University of Pe´cs, Pacsirta Street 1, Hungary.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa Pati Resveratrol meningkatkan keupayaan pankreas untuk mengesan kehadiran gula dalam darah.

Di mana Nak Cari Pati Resveratrol?

Bila dah tahu tentang kebaikan Resveratrol dalam cara sembuhkan kencing manis, mestilah nak tahu mana nak dapatkan pati ni kan?

Setahu saya, tiada Pati Resveratrol yang dijual dalam pasaran Malaysia dan Indonesia kecuali Vivix Shaklee

Nanti bacalah posting tentang Vivix Shaklee ya. Mana tahu boleh selesaikan masalah yang tuan/puan sedang alami 🙂

===================================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel Cara Sembuhkan Kencing Manis di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013

Untuk Whatsapp klik link ni ==> www.wasap.my/60139820013/Pati%20Resveratrol
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

5 Resepi Peria Katak Untuk Kencing Manis Yang Terkawal

peria katak untuk kencing manis

Bagaimana cara pengambilan Peria Katak Untuk Kencing Manis Yang Terkawal?

Terkenal sebagai petua turun temurun, orang-orang kita zaman dulu selalu gunakan makanan yang pahit-pahit seperti peria katak untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Dalam hal ini, mereka gunakan peria katak untuk kencing manis atau diabetis.

Namun peria katak jika di makan begitu sahaja seperti ulam amatlah uwekk!! pahit nya ya ampunnn tak tahulah sanggup atau tidak lidah dan tekak anda menahannya 🙁

peria katak untuk kencing manis

Cara hilangkan rasa pahit peria katak

Ada 2 cara yang biasanya saya gunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahit daripada peria katak. Cara yang paling mudah ialah selepas memotong peria katak kepada saiz yang kita suka, rendamkan kepingan peria katak dalam air sejuk selama sejam.

Dengan cara ini ‘jus’ kepahitan peria kata akan mengalir keluar ke dalam air sejuk tersebut.

Salah satu cara yang saya rasa lebih berkesan ialah memotong peria katak kepada kepingan yang nipis-nipis. Kemudian rebuskan kepingan peria katak dalam air garam sehingga mendidih selama 15 minit.

Insyaallah rasa pahit itu akan hilang serta merta 🙂

Resepi peria katak yang lazat

OK selepas rasa pahit tu dah berkurangan, boleh lah kita aplikasikan resepi-resepi di bawah supaya khasiat peria katak ini boleh membantu  mengawal kadar gula dalam darah.

Tetapi harus diingat bahawa semakin pahit peria itu, semakin mujarab penawar  penyakitnya.. jadi kalau dimasak pahit tu lebih bagus la sebenarnya 🙂 Peria katak untuk kencing manis lebih berkesan jika dimakan pahit

Resepi 1 – Jus Peria Katak campur Epal

Bahan-bahan (untuk 2 cawan):

2 biji peria katak segar

2 biji epal hijau

1 gelas air

Secubit garam, secukup rasa

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potong dadu dan buangkan biji peria katak. Rendamkan dalam air sejuk untuk kurangkan rasa pahit. Potong epal hijau kepada kepingan memanjang. Hidupkan mesin juicer atau boleh gunakan blender dan kisarkan potongan peria katak bersama epal dan air. Apabila kisaran menjadi halus, tapiskan jus peria katak dan epal menggunakan penapis. Taburkan sedikit garam dalam cawan, kacau dan minun pada waktu malam sebelum tidur.

Resepi 2 – Peria Katak Goreng Garing

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

1 cawan tepung serbaguna

Garam secukup rasa

2 cawan minyak masak

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan nipis-nipis. Rebus dalam air garam selama 10 minit dan toskan lebihan air. Taburkan tepung serbaguna kepada kepingan peria katak dan aduk rata. Panaskan minyak masak pada api sederhana. Jatuhkan kepingan peria satu persatu agar tidak melekat di dalam kuali. Angkat dan toskan minyak apabila menjadi garing keperangan.

Resepi 3 – Peria Katak Masak Sambal

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

3 sudu kisaran bawang besar & bawang putih

5 sudu cili kering kisar

10 ekor ikan bilis putih

1 sudu pati asam jawa Adabi

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa (jangan banyak sangat ya, kata kencing manis >_<)

peria katak untuk kencing manis 02

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang sehingga wangi dan masukkan cili kering kisar serta gula. Tumiskan sehingga naik aroma dan cili mendidih mata ular. Masukkan air  sedikit supaya berkuah. Masukkan ikan bilis dan potongan peria katak. Gaulkan bersama sambal sehingga layu dan kemudian masukkan pati asam jawa. Tutup api selepas mendidih dan taburkan garam. Gaul rata.

Resepi 4 – Peria Katak Goreng Telur

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

3 sudu kisaran bawang besar & bawang putih

2 biji telur, dipukul

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang sehingga wangi dan masukkan potongan peria. Tumiskan sehingga peria layu. Masukkan telur, gaul dalam kuali dan gorengkan sehingga telur masak. Tutup api dan taburkan garam. Gaul rata.

Resepi 5 – Peria Katak Masak Lemak Udang

Bahan-bahan:

2 biji peria katak

4 sudu kisaran bawang besar, bawang putih dan cili padi

1 sudu serbuk kunyit

1 batang serai, diketuk

10 ekor udang saiz besar/sederhana

1 cawan santan kelapa

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Cuci dan bersihkan peria katak. Potongkan setebal 1cm dan rebus dalam air garam selama 10 minit. Tumiskan kisaran bawang dan cili padi serta batang serai sehingga wangi. Masukkan udang dan serbuk kunyit serta gaulkan sehingga udang bertukar warna menjadi pink. Masukkan peria, santan dan didihkan. Tutup api dan taburkan garam. Gaul rata.

============================

Selain mengamalkan memakan peria katak untuk kencing manis yang terkawal, wajar juga sesiapa yang sedang mencari penawar kencing manis untuk mengetahui berkenaan Resveratrol:

  1. Sejenis bahan aktif daripada kulit anggur Muscadine
  2. Berfungsi untuk membaiki sel organ Pankreas yang rosak
  3. Pankreas yang rosak gagal mengeluarkan hormon insulin
  4. Ketiadaan hormon insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga akan menyebabkan paras gula semakin tinggi
  5. Pankreas yang normal dan sihat dapat mengeluarkan hormon insulin secara semulajadi dan menurunkan paras gula dalam darah.

Untuk baca berkenaan Resveratrol, baca entry Pati Resveratrol untuk maklumat lanjut.

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel peria katak untuk kencing manis di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013-9820013

Whatsapp klik sini ==> http://www.wasap.my/60139820013/KencingManis.

COD & Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...