Bermula dunia baru sebagai Pengedar Shaklee Kemaman

pengedar shaklee kemaman terengganu

 

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera 🙂

Alhamdulillah diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi dengan semua sebagai Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Kemaman

Pengedar shaklee terengganu kerteh paka

[ Mengapa saya mahu jadi pengedar Shaklee? ]

Kira-kira 2 tahun dahulu, saya sebenarnya BENCI pada Shaklee. Well, mungkin tidak benci pada syarikatnya, tetapi lebih kepada meluat dengan distributorsnya.

Mengapa? Sebab terbesar ialah cara mereka mempromosikan produk-produk, tanpa jemu, tanpa etika dan tanpa bosan. Eh saya yang naik bosan!

Mungkin pada ketika itu, ramai yang masih baru bermula online marketing dan tidak berapa tahu selok belok dan adab menjual di alam maya.

Ada satu ketika, saya hide semua sahabat-sahabat Facebook saya yang mula mempromosikan produk Shaklee. Aduh, naik boring dibuatnya! Hari-hari promote, hari-hari promote..

[ Segalanya berubah ]

Fast forward 2 tahun. 2 tahun lamanya saya tidak nampak perkhabaran sahabat-sahabat yang saya hide daripada timeline Facebook saya itu.

Tiba-tiba saya terasa rindu kerana ramai antara mereka pernah menjadi housemate ketika belajar dahulu. Ada yang berusrah bersama, ada yang kelas sama-sama.. Orang kata, ada yang sampai makan sepinggan, minum secawan, tidur sebantal…

Apabila dijenguk profile mereka, Subhanallah mereka dah berjaya dalam bisnes Shaklee masing-masing.

Saya lihat pada diri saya, ketika itu sedang menjalankan bisnes MLM yang lain (tapi buat retailing sahaja, tidak bernetwork). Kehidupan saya masih SAMA dengan 2 tahun yang lepas.

[ Mengapa saya join kumpulan ini ]

Selepas saya membaca satu eBook, saya terus terpana! Ketika itu saya sedang dalam tidur yang lena daripada dunia perniagaan. Saya terus mencari sahabat lama saya Master Siti untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee 🙂

Di bawah naungan Master Siti Al’Izzah dalam kumpulan Jutawan Cemerlang Gemilang (Wildan Multimillionaire Family) kami dapat pelajari:

– kaedah Zero to Hero. Bermula dari kosong sehingga pangkat Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee dengan pendapatan purata RM600 ribu setahun) dalam masa 7 bulan.

– cara menjalankan pernigaan Shaklee 100% dari rumah

– bisnes tanpa menyimpan stok, modal rendah dan terus boleh bergerak sendiri

– kekuatan amalan-amalan rohani untuk menarik rezeki

– tips-tips pemasaran dan banyak lagi!

[ Bagai menjilat ludah sendiri ]

Agaknya, entah berapa banyak status-status Facebook yang pernah saya lontarkan yang memerli sahabat-sahabat yang berniaga Shaklee ini.. mungkin ada yang benci saya 🙁 wallahualam.

Tetapi atas dasar hendak terus membantu orang lain meningkatkan kualiti kesihatan (MLM saya yang dahulu juga produk kesihatan) serta memperbaiki kehidupan saya dan keluarga, saya nekad. Biarlah orang hendak kata apa. Saya hendak membuka lembaran baru dalam hidup saya sebagai Pengedar Shaklee, Insyaallah.

Dalam masa 6 bulan ini, saya hendak target membantu 100 orang supaya lebih sihat serta dalam perniagaan ini, pendapatan sebanyak RM10,000 untuk menggantikan gaji bulanan saya yang makin lama makin menaik ni.. adeh! Niat dihati hendak menjadi ibu sepenuh masa di rumah Insyaallah 🙂

=======================

Boleh hubungi saya Therina Jopri untuk konsultasi  dan sebarang pertanyaan berkenaan artikel di atas :)

Insyaallah kami akan usaha untuk membantu.
Tempahan direct dengan Shaklee HQ: 03-5622 3188 menggunakan Shaklee ID: 1158113 atau Beli Shaklee Online

Hubungi kami: 013 – 982 0013 SMS, Whatsapp, Telegram.
COD: Kemaman Kerteh Paka & Dungun
Poslaju: Seluruh Malaysia

Terima kasih dan salam sayang 🙂

pengedar shaklee kemaman terengganu

Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia:

TERENGGANU

PAHANG

LEMBAH KLANG

SARAWAK

KELANTAN

MELAKA 

JOHOR

BELI SHAKLEE ONLINE

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...